Like this:

BYD Buat Gila. Brek Automatik Mengejut Di Lebuhraya.

Pengalaman paling MENGERIKAN bagi kami sekeluarga apabila kereta BYD Atto 3 secara tiba-tiba brek mengejut ketika sedang memandu di lorong kanan lebuhraya!

Pada 1 May lalu, kami dalam perjalanan dari Melaka ingin pulang ke kampung di Penang dan singgah di Kajang sebentar untuk menghadiri rumah terbuka. Sewaktu di lebuhraya Cheras-Kajang, kereta dengan secara tiba-tiba brek mengejut tanpa ada sebarang amaran atau apa-apa 'indicator'. Di skrin panel kereta pula menunjukkan "Power System Failure" dan keempat-empat tayar kereta seperti di kunci.

Beberapa kereta hampir kemalangan kerana mengelak dari merempuh kereta kami yang tiba-tiba berhenti di lorong kanan.

Saya terus menelefon pihak lebuhraya untuk meminta bantuan mengawal lalu lintas. Alhamdulillah, kurang 10 minit pihak peronda sampai dan terus meletakkan kon di lorong kanan agar kenderaan lain berwaspada dengan kereta kami. Saya juga cuba untuk 'Off dan On' kereta namun tidak berhasil kerana tiada sebarang respon. Tayar pula seperti dikunci dan kereta tidak boleh ditolak walaupun gear sudah 'N'.

Dalam 1 jam, pihak towing insurance pun datang dan menunda kereta kami ke pusat servis di BYD Glenmarie Shah Alam. Jam menunjukkan pukul 7 petang dan saya hanya boleh meninggalkan kereta tersebut di situ kerana di luar waktu operasi. Kami sekeluarga terpaksa menumpang di rumah saudara yang terletak tidak jauh dari situ.

Pada keesokan paginya, saya menelefon BYD Glenmarie untuk memberitahu masalah kereta tersebut tetapi mereka memberikan pelbagai alasan seperti, 'tidak cukup staff', 'perlu appointment', dan pelbagai lagi. Disebabkan hal ini 'emergency' kerana melibatkan nyawa, saya tetap menegaskan dan memaksa mereka untuk memeriksa kereta tersebut.

Pada 4 petang mereka memberitahu kereta kami mempunyai masalah bateri 12V dan memerlukan masa beberapa hari untuk membaik pulih dan melakukan pemeriksaan. Saya minta mereka bertanggungjawab kerana saya perlukan kenderaan untuk pulang ke kampung namun mereka memberikan alasan "kereta pinjam sudah habis". Kami sekeluarga tercengang sebentar apabila alasan ini dikeluarkan oleh sebuah company kereta EV yang dikatakan 'gah' di Malaysia.

Saya terpaksa akur dan membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung. Oleh itu, kami tiada pilihan lain selain pulang ke rumah di Melaka dan selepas beberapa kali pertelingkahan mereka mengambil tanggungjawab untuk menghantar kami pulang.

Apa yang boleh saya katakan servis company ini sangat teruk pada awalnya. Mereka seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dan menganggap hal ini sebagai perkara remeh. BYD Glenmarie meminta saya call BYD Melaka (tempat dibeli) untuk bertanggungjawab, BYD Melaka pula mengatakan 'diluar bidang kuasa kami kerana kereta hantar disana'. Saya tidak mampu berbuat apa-apa selain menunggu keputusan. Sebenarnya ada juga masalah lain yang saya telah lapor pada bulan 2 mengenai kerosakan 'Wallbox Charger' namun sampai sekarang tiada penyelesaian. Bila saya 'follow up' jawapannya sama, "tidak pasti bila boleh settle sudah lapor pada pembekal".

Pada 5 May, mereka memberitahu saya bateri 12V perlu diganti kerana 'low voltage'. Agak terkejut juga kerana kereta ini baru berusia 10 BULAN dan sudah mengalami masalah bateri. Kos penukaran bateri pula RM418 dan tiada warranty kerana kereta sudah lebih 20,000KM. Persoalan seterusnya, kenapa tiada sebarang amaran atau warning dan kereta terus brek mengejut, mereka menjawab, memang TIADA AMARAN atau indikasi jika bateri 12V bermasalah!

Post ini tidak bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, hanya sekadar berkongsi pengalaman buruk menggunakan kereta BYD Atto 3. Disebabkan kejadian ini bermain dengan nyawa isteri dan anak-anak saya serta orang lain, maka terpaksa saya kongsikan kepada umum supaya sesiapa yang menggunakan kereta ini untuk lebih berhati-hati.

Sekian dari encik husband (pengguna Byd 10 bulan).

Nur Afifah Abdul Rahim

Byd gila

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading