Akhirnya, ada penjelasan sikit pasal tong gas komersial ni. Bila kita faham betul2 undang2 tu, sebenarnya tak la kejam sangat
Limit 3 tong yang maksimum tu dikira tong yang digunakan sahaja, yang kita simpan spare tak dikira
Jadi macam kami, guna 8 dapoq, tapi cuma 3 tong gas dalam satu masa, jadi tak perlu tukaq ke gas komersial
Untuk tong spare @ tong simpanan kena pi amik permit simpan kat KPDN, kiranya kalau dalam premis ada lebih dari 3 tong, guna + spare
Macam kami total ada 6 tong, 3 guna + 3 spare, jadi kena pi minta permit untuk simpan 6 tong tu, melebihi limit 3 tong yang dibenarkan
Dannn, bagi yang duk ratib harga makanan naik, kami dah kira (ni penggunaan kedai kami, lain kedai lain kiraan)
Kos gas untuk kami masak 1 pinggan nasi dagin (termasuk rebuih dagin, tumis rempah, masak nasi, buat gulai) kalau guna gas subsidi (RM30) cuma RM0.086, dan bila guna tong komerisal (RM70), naik jadi RM0.194, kira naik rm0.11 sepinggan
Jadi, kalau kami terpaksa guna gas komersial pun lepas2 ni, kos nasi cuma naik sepinggan rm0.11, jadi kami absorb ja, takkan nak caj kat customer sebab skupang tu
Last sekali, pasai tong biasa xdak dalam market tu, amik direct dengan supplier gas, depa hantaq naik lori, setong pun depa hantaq. Ada petronas, mira, mygas, gasul, ACgas & macam2 lagi.
Hampa mesti ingat depa untung jual gas komesial tu, tapi sama ja sebenarnya, gas subsidi modal rendah, gas komersial modal besaq, untung lebih kurang.
Jadi geng jual gas ni depa tetap akan cari jalan jual gas besa, sebab jual 1 komersial = 2 gas besa. So tak payah risau
Kami restoran pun pakai 3 tong sekali masak + refill sehari 2 tong sebab depa tak habis serentak
Kami rakyat malaysia, berniaga di Malaysia, terpaksa ikut undang2 Malaysia, tak kesah sapa yang buat undang2 tu.
Jadi kepada YB2 yang dah kami pilih haritu, tak kesah la parti mana pun, ni rakyat dah bersuara, bantu kami & buat la something, awat diam seribu bahasa?
