Ramai yang marah bila sebut Iran dalam konteks perjuangan. Tapi ramai juga tak nampak, kalau Iran tumbang, siapa yang akan pertahan dunia Islam daripada pendatang haram Yesbiol dan sekutunya?
Iran, walau macam mana pun kita tak setuju dengan sesetengah pendekatan mereka, tetap jadi benteng paling hadapan yang sanggup lawan secara langsung. Mereka langgar garis merah yang negara lain hanya cakap saja.
Isunya bukan Syiah atau Sunni. Isunya, kalau satu-satunya kuasa Islam yang masih berani hantar misil ke Tololviv pun dijatuhkan, siapa lagi tinggal?
Dalam geopolitik, benda ni bukan baru. Dah ada nama. Namanya strategi domino. Bila satu negara jatuh, negara lain akan ikut bergilir-gilir, macam bata domino tumbang satu demi satu.
Iraq dah jatuh. Syria pun sama. Libya kena pecah. Sudan hilang arah. Afghanistan kembali ke titik asal. Sekarang tinggal Iran. Lepas tu, siapa?
Jawapannya: Pakistan.
Pakistan ada senjata nuklear. Dia negara Islam yang ramai tak pandang, tapi sebenarnya dia satu-satunya kuasa Islam nuklear. Kalau Iran jatuh, Pakistan akan jadi sasaran seterusnya.
Dari segi dokumen sulit yang bocor, tekanan terhadap Pakistan dah lama berjalan. Pergolakan dalaman, fitnah, isu ekonomi, semua tu sedang rancak disusun.
Turki pula dah mula rasa tekanan. Isu Kurdish, ekonomi merudum, dan ketegangan dalaman dijadikan alat untuk melemahkannya. Lepas Iran, Turki boleh lumpuh kalau tak waspada.
Zi***s dan sekutu baratnya tak pernah henti susun langkah. Mereka tahu mereka tak boleh lawan umat Islam secara terbuka. Tapi mereka boleh pecah-pecahkan satu persatu.
Malaysia dan Indonesia mungkin rasa jauh dari konflik. Tapi bila semua kubu Timur Tengah dah tumbang, Asia Tenggara akan jadi laluan baru untuk penguasaan ideologi dan sumber.
Kita akan tengok pelabuhan jadi pangkalan. Kita akan lihat dasar luar mula dikawal. Kita akan lihat naratif disuntik dalam pendidikan, ekonomi dan media.
Hari ini, Iran ada kemampuan teknologi peluru berpandu, dron jarak jauh, pertahanan udara dan proksi serantau. Mereka mampu ganggu strategi musuh dari jarak jauh.
Tapi kalau mereka dihancurkan, jurang kekuatan akan melebar. Tak ada siapa lagi yang boleh beri tindak balas langsung ke atas pendatang haram Yesbiol.
Amerika dan sekutunya nak dunia Islam terpecah. Mereka mahu tiada siapa pun yang boleh cabar Is***l. Sebab tu bila ada yang lawan, mereka cari apa saja sebab untuk jatuhkan.
Kita pernah lihat apa jadi pada Iraq. Mereka cipta cerita senjata pemusnah. Akhirnya satu negara hancur. Berjuta nyawa melayang. Sampai sekarang tak bangkit.
Kita tengok Syria, mereka guna isu dalaman. Hasut. Biayai puak tertentu. Akhirnya perang saudara. Infrastruktur musnah. Satu demi satu dijatuhkan.
Kalau Iran dijatuhkan sekarang, dalam masa 10 tahun, peta dunia Islam akan berubah total. Semua kuasa regional Islam akan dilumpuhkan.
Apa yang tinggal cuma negara yang jadi boneka. Yang takut nak bersuara. Yang hanya ikut cakap kuasa besar dan jaga hubungan diplomatik.
Persoalannya: kenapa semua ni penting? Sebab setiap negara Islam yang jatuh, bermakna satu kubu hilang. Dan kita makin dekat kepada penjajahan bentuk baru.
Mereka tak datang bawa senjata sahaja. Mereka datang bawa ideologi. Bawa budaya. Bawa sistem. Bila negara Islam hilang taring, mereka masuk dan susun semula semuanya.
Kita dah nampak pelan mereka. Tapi kita masih leka berbalah pasal mazhab, pasal bendera, pasal siapa lebih Islam. Sedangkan musuh dah sampai depan pintu.
Kalau kita terus alpa, kita akan ulang sejarah Andalusia. Bila dinding kota runtuh, ulama masa tu masih berbalah pasal bab fiqh. Akhirnya, semua lenyap.
Kalau Iran jatuh, peluru terakhir umat Islam juga akan hilang. Seterusnya, kita hanya mampu lihat dan jadi penonton.
Subhanallah. Inilah masa untuk kita buka mata. Jangan sampai semua hilang baru kita terfikir nak lawan. Bila semua kubu dah musnah, suara kita pun tak akan kedengaran.
Mereka tak mahu Islam yang kuat. Mereka mahu Islam yang tunduk. Dan satu-satunya cara nak buat begitu, ialah dengan jatuhkan satu demi satu negara yang berani.
Semoga Allah pelihara Iran, Pakistan, Turki dan semua kubu umat Islam yang masih ada keberanian. Sebab kalau mereka jatuh, kita semua akan rasa akibatnya.
Jangan tanya lagi siapa seterusnya. Sebab jawapannya mudah: giliran kita pula kalau kita terus tidur.
P/s: Yesbiol baru serang kawasan nuklear Iran tadi.
Nota: Isu ini bukan soal akidah, tapi soal penjajahan dan kezaliman. Kami tak pernah promosi Syiah, tak pernah ajak ikut ajaran mereka, dan tak pernah angkat mereka sebagai contoh akidah.
Fokus kami jelas. Siapa yang sedang bangkit melawan pendatang haram Yesrol dan geng Zeocheese, itu yang disebut. Bila hospital dibom dan anak dibakar hidup-hidup, kita tak soal mazhab, kita soal siapa lawan dan siapa diam.
Kami kekal dengan akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Tapi kami tak biar sentimen mazhab halang suara menentang kezaliman. Kalau satu hari nanti Itali serang Yesrol, adakah itu bermakna kita sokong Kristian? Tidak. Kita tolak yang sesat, tapi yang lawan penzalim, kita akui keberaniannya sebab ini soal prinsip, bukan soal aqidah.
