Like this:

Ada Main Ilmu Sihir Ka?

Semalam saya dapat pesanan wasap dari seseorang.

Katanya petang semalam dia ziarah kubur bapanya melihat satu gambar berlipat dua terselit di tepi kubur bapanya. Saya tanya,kenal siapa dalam gambar? dia jawab,tak kenal. Dia bagitau saya yang dia risau kerana dah terpegang gambar tu tak terkena badi kah? saya jawab tak lah..dia bagi tahu gambar tu dekat muka kena cucuk jarum dan bahu kanan dan kiri ada di cucuk jarum juga.

Saya bagi tahu dia cabut ketiga jarum tu kemudian baca ayat kursi hembus dekat gambar tu dengan doa kepada Allah agar melupuskan sihir kemudian bakar gambar tu.

Alhamdulillah dia ikut apa yang saya ajarkan mudah-mudahan hamba Allah dalam gambar tu terhindar dari sihir. Berkumungkinan gambar itu di ambil dari fb. Jangan ingat zaman dah moden tiada lagi berlakunya sihir. Hari ini berlakunya sihir merata termasuk juga sihir pemisah suami isteri.

Moga kita semua sentiasa mendapat perlindungan Allah dari gangguan jin dan sihir hasbunallahu wani'mal wakil.

Sumber Mohd syahrizan wahab

Main ilmu sihir ka

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading