Peringatan Penting Demi Keselamatan Semua
Susulan tragedi kemalangan maut melibatkan pelajar UPSI, APAD menyeru semua pengendali bas persiaran pelancongan agar mematuhi sepenuhnya Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) yang telah berkuat kuasa mulai 1 November 2023.
KTP adalah sebahagian daripada syarat lesen di bawah Seksyen 41, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], dan WAJIB dibaca serta dipatuhi bersama lesen yang dikeluarkan.
Kegagalan mematuhi syarat ini bukan sekadar pelanggaran undang-undang — ia boleh mengorbankan nyawa.
Rujuk dokumen rasmi di pautan berikut untuk memahami syarat-syarat penuh:





