TAWARAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAGI TINGKATAN 6 SEMESTER 1 TAHUN 2025
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini telah membuka tawaran permohonan Bantuan Am Persekolahan bagi pelajar Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2025.
Syarat Permohonan:
Beragama Islam
Warganegara Malaysia
Bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun & masih menetap)
Telah menerima surat tawaran Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2025
Tertakluk kepada had kifayah MAIWP
Borang permohonan boleh diperoleh di:
Kaunter Agihan Zakat, MAIWP
Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA)
Laman web: www.maiwp.gov.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 OGOS 2025 (JUMAAT)
