Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengesahkan beliau kini bebas sepenuhnya daripada penyakit kanser selepas menjalani rawatan intensif selama hampir lima bulan.
Beliau memaklumkan bahawa sel kanser yang sebelum ini menyerang paru-paru dan merebak ke otak serta bahagian tubuh lain, kini tidak lagi dikesan oleh pihak perubatan.
