Pesawat berkenaan dalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Gatwick di London. Terhempas sejurus mulakan penerbangan di Ahmedabad, Wilayah Gujerat.

Sekadar Info Terkini
Pesawat berkenaan dalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Gatwick di London. Terhempas sejurus mulakan penerbangan di Ahmedabad, Wilayah Gujerat.

Jangan lupa 17 Jun 2025 selasa sebutan semula kes bunuh
Jangan lupa datang ke Mahkamah bintulu pada 17 Jun 2025 untuk sebutan semula kes Lapan (
orang suspek warga tempatan berusia 30an dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bintulu kerana membunuh.
Pertuduhan di bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun yang sama. Sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati.



Dua gadis berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki disyaki pengedar dadah di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Ismail, Temerloh, malam kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Nur Alya Irdina Mohd Azam ,18 dari Taman Temerloh Jaya Indah dan rakannya, Siti Nur Syafiqah Mohd Arif, 18 dari Felda Bukit Damar, Lanchang.
Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Kejadian berlaku kira-kira 11 malam ketika motosikal Yamaha Ego Avantiz yang ditunggang Nur Alya bersama pemboncengnya, Siti Nur Syafiqah, berhenti di lampu isyarat merah sebelum dirempuh dari belakang oleh kereta Perodua Bezza.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kereta itu dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Hasil ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif, namun pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan menemukan dua peket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 50.85 gram dan heroin 0.85 gram di bahagian tempat duduk belakang,” katanya.
Suspek kemudian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk bedah siasat, manakala kenderaan terbabit dirujuk ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.
Mazlan berkata, pihaknya sedang mengesan saksi awam yang melihat kejadian bagi membantu siasatan.


MIRI: Banyak aduan dan keluhan telah diterima berhubung kelewatan penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di Parlimen Miri, sama ada yang ditempatkan di Pusat Pemindahan
Sementara (PPS) mahupun yang berada di luar PPS. Sehingga kini, ramai yang masih belum menerima bantuan berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga.

Tahukah anda siapakah tukang bina pintu Kaabah ?
Jawapan ialah tukang dari negara Thailand.
Mereka merupakan tukang kayu dan juga tukang emas yang mahir.
Tukang kayu iaitu:’
1.Tuan Hj.Isa Kasulong
2.Tuan Hj.Husen Lae’im
3.Tuan Hj. Sulaiman Sanwang
Manakala Tukang emas pula :
1. Tuan Hj. Ali Munsab
2. Tuan Hj. Husaini Ariphong
3. Tuan Hj. Qasim chanaachai.
Ini adalah satu kebanggaan orang Islam di Thailand dan tentunya berketurunan Melayu .




Tersentuh Melihat Semangat Mereka Untuk Kembali Bangkit.
Dalam ziarah ke Hospital Taiping oleh ADUN Jerteh, Dr. Riduan Mohd Nor menyantuni para pelajar yang terlibat dalam insiden kemalangan baru-baru ini.
Walaupun tubuh mereka masih dibalut kesakitan dan wajah masih terlihat lesu, namun satu perkara yang amat menyentuh hati ialah kesungguhan luar biasa mereka untuk segera sembuh.
“Saya nak cepat sihat, kelas dah banyak tinggal.”
Alhamdulillah, pihak hospital memaklumkan keadaan mereka kian stabil walaupun masih memerlukan pemantauan rapi.
Melihat semangat mereka, kita percaya insiden ini bukanlah titik noktah, tetapi permulaan kepada kisah kebangkitan yang lebih kuat.
Sama-sama kita doakan agar mereka segera sembuh sepenuhnya dan kembali meneruskan perjuangan.



GARISAN PUTIH JALAN – PENYELAMAT NYAWA YANG DIABAIKAN! ![]()
Pernah memandu waktu hujan lebat, malam gelap, dan langsung tak nampak garisan jalan? Kalau ya, anda faham betapa ngerinya situasi tu.
Garisan putih bukan sekadar cat akan tetapi ia panduan nyawa.
Dek kerana tiada garisan jelas, ramai yang terbabas, tersasar, malah ada yang kehilangan nyawa.
Negara luar siap guna cat florensen yang terang walau ribut taufan melanda. Mahal? Memang. Tapi nyawa lebih mahal!
Jalan Gua Musang – Kuala Krai, Gerik – Jeli, Kuantan – Segamat contohnya. Tanpa garisan, silap-silap masuk gaung atau hutan.
Sampai bila keselamatan jalan jadi isu no. 99 dalam senarai keutamaan?
Menara tinggi, projek mega sana sini namun jalan sempit, gelap, berbahaya masih tak selesai.
![]()
Rakyat bukan minta lebih..cukup jalan yang selamat untuk sampai ke rumah dengan selamat.
Sudah tiba masa pihak berwajib mendengar keluhan suara rakyat!
Ambillah tindakkan! Garisan jalan BUKAN pilihan, tapi KEPERLUAN!


Negara Maju Cegah Kemalangan Bas & Lori. Kita Bila Lagi?
Kemalangan maut melibatkan bas dan lori bukan takdir — ia soal sistem, teknologi & keberanian buat perubahan. Tengok bagaimana negara maju buat ![]()
Jepun: Disiplin & Teknologi
Kamera, radar & sensor keletihan
Budaya kerja beretika, bukan main redah
Jerman: Undang-undang Tanpa Kompromi
Denda tinggi & lesen digantung
Majikan pun kena jika langgar undang-undang
Australia: Black Box Macam Kapal Terbang
Rakam data pemanduan – bukan sekadar andaian
Setiap kemalangan disiasat secara telus
Korea Selatan: ITS (Sistem Pengangkutan Pintar)
Kamera pantau lebuhraya 24/7
Amaran awal cuaca, halangan & kelajuan
UK: Latihan CPC & Aplikasi Aduan
Pemandu wajib latihan berkala setiap 5 tahun
Rakyat boleh adu terus jika pemanduan bahaya

Peringatan Penting Demi Keselamatan Semua ![]()
Susulan tragedi kemalangan maut melibatkan pelajar UPSI, APAD menyeru semua pengendali bas persiaran pelancongan agar mematuhi sepenuhnya Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) yang telah berkuat kuasa mulai 1 November 2023.
KTP adalah sebahagian daripada syarat lesen di bawah Seksyen 41, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], dan WAJIB dibaca serta dipatuhi bersama lesen yang dikeluarkan.
Kegagalan mematuhi syarat ini bukan sekadar pelanggaran undang-undang — ia boleh mengorbankan nyawa.
Rujuk dokumen rasmi di pautan berikut untuk memahami syarat-syarat penuh:





