EJEN TARIK KERETA DITAHAN POLIS CEROBOH RUMAH PEMILIK KERETA
Sungai Petani : Tindakan seorang ejen penarik kereta menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah di Aman Jaya, dekat sini, untuk menarik sebuah kenderaan mengundang padah apabila dia ditahan polis, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di tepi Jalan Jati, dekat sini, pada 10.30 malam.
Hanyan berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku masuk ke dalam rumah pengadu dan menarik kereta berkenaan pada 29 Mei lalu.
