Like this:

Felda Dan Kerajaan Pahang Senada Dalam Usaha Perkukuhkan Kerjasama

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
KERJASAMA STRATEGIK FELDA DAN KERAJAAN NEGERI PAHANG PERKUKUH USAHA PENSWASTAAN FGV HOLDINGS BERHAD

BENTONG, 26 Mei 2025 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang secara rasmi telah bersetuju untuk menyertai sebagai rakan bertindak bersama (Persons Acting in Concert – PAC) dalam usaha FELDA mengambil alih FGV Holdings Berhad (FGV).

Langkah ini menandakan satu kerjasama strategik penting antara FELDA dan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyokong pelaksanaan Tawaran Pengambilalihan Sukarela (Voluntary Take-Over Offer) oleh FELDA terhadap FGV. Penyertaan Pahang sebagai PAC merupakan manifestasi komitmen bersama dalam memastikan proses penswastaan FGV berjalan lancar, berstruktur dan memberi manfaat menyeluruh kepada komuniti peneroka.

Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyertaan Kerajaan Negeri Pahang sebagai PAC memberi isyarat jelas tentang sokongan penuh terhadap usaha memulihkan dan memperkukuh kedudukan strategik FGV di pasaran. Beliau menegaskan bahawa kerjasama ini bukan sahaja bertujuan untuk menstabilkan masa depan FELDA, malah mampu memperkasakan ekonomi komuniti peneroka di seluruh negara.

Sementara itu, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited menyokong inisiatif FELDA yang berimpak tinggi. Katanya, penyertaan dalam usaha pengambilalihan ini merupakan satu tindakan proaktif dalam mendokong agenda nasional dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri, terutamanya dalam memastikan kesejahteraan masyarakat peneroka FELDA di Pahang.

Kerjasama erat ini dijangka akan memperkukuh keseluruhan ekosistem FELDA dengan tumpuan kepada pengukuhan rantaian nilai industri perladangan, peningkatan keupayaan kewangan serta jaminan kelangsungan manfaat jangka panjang untuk warga peneroka dan generasi baharu FELDA.

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Komunikasi Strategik FELDA
Pejabat Menteri Besar Pahang
26 Mei 2025

Felda 01
Felda 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading