Makluman Penting!
Pada hari ini, 1 Ogos 2025, Perintah Gaji Minimum 2024 telah berkuatkuasa sepenuhnya!
Majikan wajib membayar gaji minimum RM1,700/sebulan atau RM8.72 sejam kepada pekerja yang layak.
Kadar harian gaji minimum:
RM65.38/hari (kerja 6 hari seminggu)
RM78.46/hari (kerja 5 hari seminggu)
RM98.08/hari (kerja 4 hari seminggu)
Pastikan semua kontrak kerja dan bayaran gaji disemak dan dikemas kini.
Maklumat lanjut di minimumwages.mohr.gov.my
Kementerian Sumber Manusia komited memastikan hak pekerja terus dilindungi — demi sebuah Malaysia MADANI yang adil dan saksama!
