Like this:

Garisan Putih Jalan Yang Diabaikan

⚠️ GARISAN PUTIH JALAN – PENYELAMAT NYAWA YANG DIABAIKAN! ⚠️

Pernah memandu waktu hujan lebat, malam gelap, dan langsung tak nampak garisan jalan? Kalau ya, anda faham betapa ngerinya situasi tu.

Garisan putih bukan sekadar cat akan tetapi ia panduan nyawa.

Dek kerana tiada garisan jelas, ramai yang terbabas, tersasar, malah ada yang kehilangan nyawa.

Negara luar siap guna cat florensen yang terang walau ribut taufan melanda. Mahal? Memang. Tapi nyawa lebih mahal!

🛣️Jalan Gua Musang – Kuala Krai, Gerik - Jeli, Kuantan - Segamat contohnya. Tanpa garisan, silap-silap masuk gaung atau hutan.

Sampai bila keselamatan jalan jadi isu no. 99 dalam senarai keutamaan?

Menara tinggi, projek mega sana sini namun jalan sempit, gelap, berbahaya masih tak selesai.

👥👥 Rakyat bukan minta lebih..cukup jalan yang selamat untuk sampai ke rumah dengan selamat.

📝 Sudah tiba masa pihak berwajib mendengar keluhan suara rakyat!

Ambillah tindakkan! Garisan jalan BUKAN pilihan, tapi KEPERLUAN!

Garisan putih 01
Garisan putih 02

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading