Like this:

Gas Masak Komersial Wajib Walaupun Berniaga Warung Tepi Jalan

Media The Star melapor bahawa mulai 1 Mei, semua kedai makan termasuk warung dan gerai tepi jalan tidak lagi dibenarkan guna tong gas bersubsidi RM26.

Sebaliknya, mereka diwajibkan guna tong gas komersial 14kg berwarna ungu berharga RM70 - hampir tiga kali ganda lebih mahal.

Bukan itu saja, kalau sesebuah premis guna lebih tiga tong sebulan (lebih 42kg), mereka juga perlu mohon permit tahunan.

Dan sekarang, KPDN pula sedang giat jalankan “Ops Gasak” untuk rampas barang dari premis yang dikatakan langgar syarat.

Kononnya untuk elak salah guna subsidi LPG yang menurut menteri kosnya RM3.4 bilion.

Tapi macam biasa - yang jadi mangsa akhirnya rakyat dan peniaga kecil.

Seorang presiden persatuan kopitiam kata, harga semangkuk mee boleh naik lebih RM1 sebab kos gas.

Seorang lagi wakil restoran India kata, mereka sebelum ini bayar RM2,600 sebulan untuk gas. Tapi kini kena bayar RM7,000 sebulan - beza hampir RM4,400.

Dan siapa yang akan tanggung kenaikan ini?

Jawapan dia mudah - anda dan saya.

Harga makanan luar akan naik.

Kos makan rakyat biasa akan meningkat lagi.

Malah harga untuk keringkan pakaian di dobi pun turut naik

Semuanya konon atas nama “rasionalisasi subsidi” dan “ketirisan.”

Katanya potensi pelaburan asing masuk bertrilion-trilion Ringgit, tapi yang rakyat dapat pula ialah cukai makin naik, cukai baharu terus muncul, subsidi pula dipotong satu demi satu.

Tong gas

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading