Israel mula mencipta perang saudara di Gaza?
Media Israel mula menyebarkan berita tentang penyerahan kuasa dan senjata kepada pengganas Palestin upahan Israel, Abu Shabab di Bandar Rafah.
Anggaran kekuatan pengkhianat upahan ini seramai 100-300 orang.
Berita ini tersebar setelah media Q mendedahkan kegiatan pengintip upahan ini di Rafah.
Kumpulan pengkhianat ini diketuai oleh Yasser Abu Shabab yang dilepaskan daripada penjara di Rafah setelah Israel mengebom penjara-penjara di Rafah.
Yasser Abu Shabab ditangkap oleh H sebelum ini di atas kesalahan menjadi pengintip kepada Israel.
Setelah dilepaskan, kumpulan ini diupah oleh Israel , bersama dengan pengganas Amerika untuk memberikan bantuan berdarah kepada rakyat Gaza.
Kenapa dia digerakkan oleh Israel selepas bandar Rafah dihancurkan?
Inilah taktik lapuk yang digunakan sejak turun temurun oleh musuh Islam.
British dan US akan menggempur habis-habisan para pejuang di tanah yang dijajah.
Kemudian, kuasa akan diberikan kepada boneka-boneka mereka untuk membunuh bangsa mereka sendiri.
Selepas itu akan dirangka undang-undang untuk membuang hukum Allah supaya umat Islam jauh dari perjuangan menegakkan syariat Allah.
Disuapkan hiburan agar generasi mereka lalai dari perjuangan.
Inilah taktik lapuk yang sedang digunakan oleh Israel ke atas Gaza.
Askar upahan ini mengenal pasti pemimpin H dalam kalangan masyarakat.
Kemudian mereka akan membunuhnya dengan tangan mereka sendiri atau dengan serangan terus dari Israel.
Mereka juga melakukan apa yang Israel tak mampu lakukan.
Mencuri bantuan, merompak lori, membunuh orang awam, menabur ketakutan.
Mereka memastikan makanan sentiasa kurang dan rakyat terus terdesak sementara Israel terus mengebom rakyat Gaza dari udara.
Sebagai habuan mereka akan diberikan kuasa untuk menjadi pemimpin boneka di Gaza.
Yang paling menjelikkan, para pemimpin Arab yang lantang suruh H letak senjata, kini membisu saat Israel memberi senjata kepada pengkhianat Abu Shabab!
Kesan pakatan ini menyebabkan ratusan terbunuh dan tercedera dalam keadaan kelaparan ketika mereka menerima bantuan.
Hari ini satu persatu telah dilondehkan para munafiq dan pakatan mereka.
Inilah sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah SWT sebelum kemenangan tiba.
Allah SWT mula menyingkap sikap para munafiq selepas kekalahan umat Islam di perang Uhud.
Sehinggalah telah tersingkap sikap mereka, lalu diperbaharui Baiah kumpulan yang beriman di Baiatur Ridhwan :
اِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ ۚ يَدُ ٱللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيْهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya orang-orang yang membai‘ahmu (wahai Muhammad), sebenarnya mereka membai‘ah Allah.
Tangan Allah (kuasa) di atas tangan mereka.
Maka sesiapa yang melanggar janjinya, maka (kesan buruknya) akan kembali kepada dirinya sendiri.
Dan sesiapa yang menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberikannya ganjaran yang besar.”
(Surah Al-Fath: 10)
Apabila kuasa Allah SWT bersama dengan mereka, maka ketika itu tiada siapa yang mampu menahan kemenangan yang akan diberikan oleh Allah.
Selepas berlakunya Baiatur Ridhwan, Islam mula meraih kemenangan demi kemenangan sehingga membawa kepada Fathu (pembukaan) kota Mekah.
Dan hari ini..
Segala pendirian-pendirian pengkhianat yang telah disingkapkan oleh Allah melalui Perang Taufan Al-Aqsa hanyalah sebahagian dari sunnatullah(ketetapan) kemenangan yang Allah akan kurniakan kepada para mujahidin.
Dengan izin Allah takbir kemenangan itu sangat dekat.
Dan para pengkhianat ini akan dibangkitkan oleh Allah SWT sepertimana disebut di dalam hadis :
“Bagi setiap pengkhianat terdapat bendera yang dipancang (dipacakkan) kerana pengkhianatannya pada hari kiamat.”
