Like this:

Jaga Enjin Kereta Anda

Ramai tak sedar, komponen penting dalam enjin macam timing chain, water pump, atau turbo, bila mula buat hal, dia tak terus tunjuk tanda yang jelas. Tapi kalau lambat kesan, boleh jadi masalah besar.

Contohnya timing chain. Bila dah mula longgar, enjin akan bunyi pelik. Rasa macam ada benda ketuk dari dalam. Bunyi ni paling jelas masa start pagi. Kalau dibiarkan, timing enjin boleh lari. Masa tengah drive pun enjin boleh mati tiba-tiba.

Timing chain ni bukan jenis part yang tukar kerap. Tapi tetap kena jaga. Bila dah ada bunyi pelik atau lampu check engine menyala, jangan tunggu lama. Baik terus bawa pergi bengkel. Memang leceh sikit nak tukar, tapi lagi susah kalau tunggu sampai enjin rosak.

Water pump pula kerja dia penting juga. Dia yang gerakkan air dalam sistem penyejukan. Bila bearing dia haus atau mula bocor, air tak pusing dengan betul. Lama-lama suhu enjin naik. Tiba-tiba nampak wap keluar bawah bonet, masa tu memang gelabah.

Kalau water pump dah rosak, satu-satunya cara memang kena tukar. Kadang kena buka part lain sekali, baru boleh capai water pump tu. Lepas ganti, jangan lupa flush sistem air, bagi bersih. Coolant pun kena isi balik, bukan sekadar tuang air paip je.

Turbo pulak memang best bila masih elok. Power pickup pun rasa lain macam. Tapi bila seal dalam dia bocor, minyak hitam boleh masuk ke ruang ekzos. Tu yang keluar asap putih pekat, atau kadang asap biru. Ada juga bau hangit yang masuk ke dalam kabin.

Kalau korang rasa kereta lemah masa pickup, rasa berat semacam, cuba tengok turbo. Mungkin dah mula bocor. Periksa sekali piping, intercooler, atau clamp yang mungkin longgar. Kalau turbo dah terlalu haus, tak boleh buat apa. Memang kena tukar baru.

Benda-benda ni nampak macam kecil, tapi impak dia besar. Jangan ambil mudah. Bila simptom dah mula keluar, terus hantar ke bengkel. Lagi cepat korang bertindak, lagi banyak masalah boleh dielak. Kalau tunggu sampai rosak teruk, bukan setakat tukar part je. Silap haribulan, enjin pun kena overhaul.

Intake manifold

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading