Jarak antara Tapah ke Cameron Highland (FT059) hampir 50km jika bermula dari Pekan Tapah.
Laluan ini terkenal dengan banyak selekoh tajam dan jalan berliku. Dianggarkan lebih 400 selekoh sepanjang laluan ini terutamanya selepas Lata Iskandar ke Ringlet.
Keadaan jalan agak sempit dan ada kawasan curam serta lereng berbatu. Kawasan ini juga berpotensi berlaku tanah runtuh ketika musim hujan.
Masa perjalanan pula dianggaran antara 1 jam - 1 jam 30 minit bergantung pada cuaca dan keadaan trafik.
Terdapat banyak lokasi menarik persinggahan di sepanjang ini antaranya Hutan Rekreasi Kuala Woh, Air Terjun Lata Iskandar, gerai jualan hasil hutan dan pelbagai lagi.
Namun, laluan ini juga tidak asing lagi dengan perkhabaran berita kemalangan yang sering berlaku mengakibatkan kenderaan ringan dan berat.
Kebiasaannya kemalangan berlaku melibatkan pelancong yang kurang mahir memandu di jalan yang sempit, banyak selekoh dan brek di kawasan curam.
Keadaan jalan juga menjadi faktor berlaku kemalangan antaranya struktur jalan yang rosak dan berlubang, tiada garisan di permukaan jalan dan kawasan gelap.
Laluan ini juga perlu dinaiktaraf supaya dapat mengurangkan risiko berlaku sebarang kemalangan apetah lagi jika melibatkan kehilangan jiwa.
