Like this:

Jangan Kena Kencing Masa Beli Rumah

Benda ni berlaku 2 tahun lepas.

Ada seorang Datuk minta tolong aku uruskan jual rumah dia. Rumah besar, cantik, lengkap dengan lampu chandelier, kipas siling mewah, dan langsir custom made.

Long story short selepas 4 bulan, proses jual beli selesai.

Buyer pun excited sebab dapat rumah idaman, dan seperti dalam perjanjian, rumah dijual “as is basis” maksudnya, semua yang ada masa viewing, kekal dalam rumah tak akan di cabut.

Tapi masa serah kunci & buat final inspection, aku dan buyer TERKEJUT BESAR.

Semua kipas hilang.

Langsir pun ghaib.

Lampu chandelier yang jadi highlight rumah tu pun dicabut!

Buyer pandang aku. Aku terus rasa darah naik ke muka.

Aku call Datuk tu, minta penjelasan.

Jawapan dia?

“Oh… Saya rasa isteri yang cabut. Saya dah cakap tinggalkan je. Isteri saya punya hal la ni. Sebab dia cakap masa beli rumah dulu pun dia dapat kosong, takde kipas, takde langsir, takde lampu. Jadi adil lah kalau kita pun bawa semua keluar.”

Saya tarik nafas. Mujur masa awal-awal dulu, saya memang ambil gambar setiap sudut rumah siap tunjuk kat lawyer, dan lawyer masukkan senarai barang dalam SNP.

Saya terus call lawyer.

“Hold dulu duit baki jualan. Kalau tak dipasang balik, jangan lepaskan payment.”

Saya terus WhatsApp Datuk tu explain elok-elok.

Dua hari lepas tu, barang-barang tu semua dipasang balik. Chandelier digantung semula. Kipas, rail langsir semua complete. Buyer puas hati, baru kita teruskan pembayaran ke owner.

Moral of the story,

✅ Apa yang buyer tengok semasa viewing, Dan dijanjikan itulah yang dia beli.

✅ Jangan main janji mulut je. Masukkan semua dalam SNP apa yang owner janji.

✅ Ambil gambar, asbab gambar boleh jadi penyelamat.

✅ Buyer & ejen kena detailkan setiap item macam kipas, lampu, langsir, aircond semua tu ada nilai.

✅ Kalau owner tukar fikiran lepas kunci diserah, buyer boleh minta pampasan.

Rumah bukan beli dinding semata. Pembeli bayar untuk keseluruhan pengalaman dan deal yang dijanjikan.

Kredit Zam Sani

Beli rumah

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading