Like this:

Jangan Sampai Enjin Rosak

Tak ramai tahu komponen dalam enjin macam timing chain, water pump, turbo ni bila mula problem, dia tak terus tunjuk simptom ketara. Tapi kalau lambat kesan, boleh jadi parah.

Bila timing chain dah longgar, enjin mula buat bunyi pelik. Rasa macam ada benda ketuk dalam enjin. Masa start pagi paling jelas. Kalau biar, timing lari dan enjin pun boleh mati terus tengah jalan.

Timing chain ni bukan benda yang selalu tukar, tapi dia kena jaga. Kalau dah bunyi pelik atau lampu check enjin menyala, elok cepat-cepat bawa pergi bengkel. Nak ganti dia memang leceh skit, tapi lagi susah kalau tunggu enjin problem dulu.

Water pump pula kerja dia pusing air dalam sistem. Kalau dia mula bocor atau bearing dah haus, air tak bergerak. Suhu enjin naik, pastu tengok-tengok ada wap keluar bawah bonet. Panik weh masa tu 😂

Kalau water pump problem, satu-satunya jalan memang kena tukar. Biasanya kena buka beberapa part lain sekali. Lepas tu flush sistem air bagi bersih. Jangan lupa isi balik dengan coolant, bukan air paip semata.

Turbo pulak memang power bila elok. Tapi bila seal dalam dia bocor, minyak hitam boleh masuk ruang ekzos. Tu yang keluar asap putih tebal atau asap biru. Kadang bau hangit pun naik dalam kabin.

Korang perasan kereta lemah masa pickup? Rasa takde power langsung? Mungkin turbo dah ada bocor. Check piping dia, intercooler, atau clamp longgar. Kalau turbo dah haus, memang tak lepas, kena tukar terus.

Benda-benda ni nampak kecik, tapi efek dia besar. Tak boleh main agak-agak je. Bila simptom dah muncul, terus pergi bengkel. Kalau tangguh, korang bukan setakat tukar part je, silap-silap kena overhaul terus.

Injap manifold

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading