Jualan kenderaan Malaysia turun 4.6% bagi separuh pertama 2025, Namun Sasaran Tahunan Kekal
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan penurunan sebanyak 4.6% dalam jualan kenderaan baharu di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2025 berbanding tempoh yang sama pada 2024.
Jumlah unit yang dijual merosot kepada 373,636 berbanding 391,451 sebelumnya.
Antara punca utama ialah:
● Kesan asas tinggi dari rekod jualan pada tahun lalu.
● Penurunan ketara jualan pada Januari selepas pembelian awal yang meningkat pada Disember 2024.
Segment kenderaan:
● Kenderaan komersial turun 21% kepada 26,552 unit, dipengaruhi oleh penamatan subsidi diesel pada Jun 2024.
● Kenderaan penumpang menurun sebanyak 3% kepada 347,084 unit.
● Kenderaan elektrik dan hibrid (xEV) meningkat 36% kepada 30,573 unit.
● SUV mencatat peningkatan terbesar kepada 99,891 unit.
Walaupun permulaan perlahan, MAA kekal dengan sasaran jualan 2025 sebanyak 780,000 unit, dipacu oleh:
● Pertumbuhan ekonomi negara (unjuran KDNK antara 3.5% hingga 4.5%)
● Penurunan kadar faedah dasar kepada 2.75%
● Permintaan tinggi terhadap kereta hibrid dan model kecil mampu milik susulan pengurangan subsidi petrol.
Pengeluaran industri keseluruhan juga merosot 10% kepada 352,626 unit bagi separuh pertama tahun ini.
*Sementara itu, nampaknya lambat lagilah ekonomi dan pembangunan Malaysia dapat dipacu oleh penggunaan kenderaan awam kerana syarikat-syarikat pengeluar berlumba-lumba menjual kereta.
