1. Kami tidak pernah membantah cadangan kerajaan untuk mewujudkan RUU Pekerja Gig.
2. Tetapi, sebagai akar umbi industri, kami ada hak untuk diberi penjelasan yang sejelas-jelasnya berkaitan mekanisme pelaksanaan RUU Pekerja Gig sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
3. Sesi Sesi Town Hall bersama YB Menteri KESUMA hanya penerangan umum, dan jangan sekadar menjadikan ia alasan bahawa pihak dipertanggungjawabkan untuk merangka RUU Pekerja Gig telah mengadakan sesi libat urus bersama akar umbi industri.
4. Kelemahan dalam mewujudkan dasar RUU Pekerja Gig hanya akan menyebabkan impak negatif dan kesan buruk untuk jangka masa panjang.
5. Jangan nanti minta lain, dapat lain.
