Like this:

Kebanggaan Anak Kedah di LIMA 2005

Ketika kami tiba di Resort World Langkawi untuk membuat liputan Pembukaan Pameran Maritim sempena Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA 2025), suasana begitu meriah. Orang ramai sudah mula memenuhi ruang utama untuk menyaksikan pelbagai pertunjukan yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Para tetamu kehormat tiba seorang demi seorang. Majlis dimulakan dengan penuh tertib apabila pengacara mengumumkan ketibaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Tetapi saat yang paling mencuri tumpuan ialah ketika nama tetamu kehormat kedua diumumkan.

“YAB First Admiral Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor…”

Dengan berpakaian lengkap Tentera Laut Diraja Malaysia, penampilan YAB Menteri Besar Kedah jelas menonjol. Bukan sekadar kelihatan segak, malah penuh wibawa. Bagi rakyat Kedah, ia bukan pemandangan biasa. Seorang Menteri Besar berdiri sebagai tokoh maritim di pentas antarabangsa merupakan suatu kebanggaan yang sukar digambarkan.

Selesai majlis, beliau sempat meluangkan masa bertemu sahabat-sahabat lamanya dalam pasukan tentera laut. Ada berpangkat tinggi berseragam putih, ada juga yang berpakaian operasi PASKAL. Suasana santai penuh gelak tawa seolah-olah di dorm pusat latihan dulu mengimbau kenangan.

Difahamkan YAB Dato’ Seri sebelum ini adalah Pegawai Memerintah (Commanding Officer) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan TLDM USM. Kepimpinan yang diasah di lautan kini diterjemahkan pula dalam kepimpinan pentadbiran negeri.

Daripada medan pertahanan kepada medan pentadbiran, beliau tetap berdiri teguh sebagai seorang pemimpin yang membawa nama Kedah ke persada lebih tinggi.

Sanusi mdnoor

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading