Kelantan dah boleh lancarkan Kempen besar-besaran “Dadah Musuh Utama Kita” , Khutbah Jumaat pun kena beri penekanan tegas kepada ayah-ayah yang ke masjid, periksa kegiatan anak-anak,-ceramah-ceramah agama ustaz-ustazah kena kerap cerita bahaya dadah dan kerosakan kepada generasi akan datang, begitu juga Terengganu dan negeri-negeri lain.
Cuba kita semua usaha bersama, supaya sampai tahap bagi jadi dadah tu jijik macam babi. Kemusahan dadah bergenerasi.
Ramai mangsa dadah ni. kisah isteri dipukul kerana dadah, pukul Ibu curi rantai emas kerana nak duit nak beli dadah, pukul anak-anak kerana isteri tak beri duit nak beli dadah, kes-kes kecurian, pecah rumah kebanyakkannya kerana “sangap” dan “kacip” dadah.
Usah nafikan kebejatan ini di Pantai Timur dan Pantai Barat.
Penjawat awam yang terlibat dengan dadah dan ketagihan Ketum pun ramai. Tanpa segan silu buat lawak “airtebu” ,”mutus air” di sosial media.
Masa Depan sesebuah Negara akan terlihat kepada Generasi muda rakyatnya.
Walaupun anak anda baik, jika perkara ini tak dibendung, tak mustahil ia akan ada disekeliling anak anda.
