Like this:

Kenapa Mereka Perlukan Ayatollah Tumbang?

"Kenapa Setanyahud Tak Akan Berhenti Sampai Ayatollah Tumbang?"

Benda paling menakutkan tentang konflik kali ini ialah kegigihan rejim Yesrol di bawah Setanyahud untuk menjadikan Iran sebagai sasaran utama, bukan lagi H**as, Hitz Bula atau Hwthee. Fokus mereka dah lama beralih.

Setanyahud tahu masa makin suntuk. Dalam negara sendiri, dia makin tak disukai. Rakyat marah kerana rasuah, kegagalan atasi H**as, dan pertumpahan darah yang berpanjangan. Kalau dia berjaya jatuhkan Iran, dia akan diangkat jadi legenda. Sebab itu dia sanggup bakar dunia.

Bagi dia, selagi Ayatollah masih berkuasa, projek hegemoni Yesrol di Timur Tengah akan tergugat. Sebab Iran tak tunduk, dan Iran ada kuasa serta proksi yang boleh gugat status quo. Selagi Iran wujud, rancangan perluasan wilayah Greater Yesrol terhalang.

Ayatollah dan IRGC adalah dua tonggak utama kekuatan Iran. Jadi matlamat Setanyahud sangat jelas: jatuhkan Ayatollah, lumpuhkan IRGC, dan gantikan Iran dengan rejim baharu yang lebih mesra Barat.

Taktik dia nampak konsisten. Bermula dengan provokasi, disusuli serangan terhad, dan akhirnya memancing serangan balas dari Iran. Bila Iran balas, dia tuduh Iran sebagai ancaman global dan minta campur tangan Amerika serta sokongan sekutu NATO.

Naratif ini digunakan untuk cuci tangan. Dia nak dilihat sebagai mangsa, walaupun serangan ke atas Konsulat Iran di Damsyik adalah titik mula sebenar. Tapi dalam dunia penuh propaganda, persepsi lebih penting dari realiti.

Apa yang Setanyahud harapkan ialah domino effect. Bila Amerika masuk campur, negara-negara Teluk pun akan ditekan untuk berpihak. Lepas tu, proksi Iran akan dilemahkan satu demi satu. Akhirnya Iran terpaksa tunduk atau tumbang.

Tapi perancangannya tak semudah itu. Iran bukan Iraq tahun 2003. Rejim Ayatollah tak serap masuk sistem Barat. Mereka ada jaringan serantau, ada pengaruh ideologi, dan yang paling penting: mereka bersedia "mati".

Setanyahud tahu itu. Sebab tu dia tak serang besar-besaran secara terbuka. Dia tekan perlahan-lahan, melalui sabotaj, pembunuhan, dan serangan terhad. Dia nak Iran hilang kestabilan dari dalam sebelum dihancurkan dari luar.

Tapi dia juga tahu, masa dia makin habis. Kalau dia tunggu terlalu lama, tekanan dari rakyat Yesrol akan jatuhkan dia dulu. Itulah sebab kenapa Setanyahud tak akan berhenti. Dia tahu kalau Iran tumbang, seluruh dunia Arab akan terkesan.

Negara-negara jiran Iran akan mula tunduk. Proksi akan lumpuh. Dan pelabur-pelabur Barat akan kembali masuk tanpa halangan. Ini bukan sekadar soal keselamatan Yesrol. Ini soal dominasi serantau selama beberapa dekad akan datang.

Apa yang kita sedang lihat sekarang ialah langkah-langkah menuju misi itu. Serangan ke atas komander Iran. Usaha bunuh Ayatollah melalui bom jarak jauh. Serangan siber. Gangguan ke atas pangkalan drone. Semua itu disusun dengan rapi.

Dan jika satu peluru berpandu Iran terkena rakyat Amerika, ia akan digunakan sebagai alasan untuk pencerobohan penuh. Sebab tu Yesrol tak gentar bermain dengan api. Mereka tahu siapa yang akan bantu padamkan bila terbakar.

Persoalannya, adakah strategi ni akan berjaya? Atau adakah ia akan jadi perang terpanjang dalam sejarah moden? Ramai pakar tak yakin Setanyahud mampu capai objektif akhir dia. Tapi tak ada siapa berani jamin Iran akan terus bertahan lama.

Satu hal yang pasti, makin lama perang ini berlangsung, makin kuat impaknya kepada negara-negara seperti Malaysia. Rantaian bekalan, harga minyak, sentimen pelabur, semuanya boleh terganggu. Dan kita masih tengok sahaja.

Setanyahud mungkin berjaya jatuhkan Ayatollah. Tapi harganya akan sangat mahal. Bukan hanya kepada Iran, tapi kepada seluruh rantau. Dan bila Timur Tengah bergoncang, dunia akan bergegar.

Subhanallah. Kuasa yang rakus tak akan berhenti. Tapi yang rugi tetap rakyat biasa. Kita di Malaysia wajib belajar dan bersedia. Jangan ulang sejarah jadi penonton yang hanya mampu simpati.

Pejuang

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading