Like this:

LAPORAN LAWATAN KEROSAKAN KUARTERS KEDIAMAN BALAI POLIS SLIM VILLAGE & BALAI POLIS BEHRANG STESEN

Pada 3 Jun 2025 (Selasa), satu lawatan pemeriksaan kerosakan kuarters kediaman telah dilaksanakan melibatkan dua lokasi utama iaitu Kuarters Balai Polis Slim Village dan Kuarters Balai Polis Behrang Stesen. Lawatan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan diselaraskan oleh IPD Muallim.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Supt. Mohd Hasni Bin Mohd Nasir, Ketua Polis Daerah Muallim bersama DSP Suhaimi Bin Muhamad (Timbalan Ketua Polis Daerah), Insp. Siti Fatimah Binti Jamaludin (Pegawai Pentadbiran), serta beberapa pegawai dan anggota dari Unit Fasiliti dan Ketua Balai dari kedua-dua lokasi yang terlibat.

Pemeriksaan terperinci telah dijalankan terhadap struktur dan kemudahan kuarters kediaman yang dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan sama ada kecil mahupun besar, melibatkan komponen sivil serta sistem elektrik. Kesemua maklumat berkaitan kerosakan telah direkodkan dan akan diserahkan kepada pihak JKR Daerah Muallim bagi tujuan permohonan anggaran kos pembaikan.

Ketua Polis Daerah turut menekankan arahan agar semua kawasan balai serta kuarters sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan terurus demi menjaga imej PDRM serta keselesaan anggota yang bertugas dan menetap.

Lawatan ini telah berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam memastikan tahap keselamatan, kebersihan dan keselesaan kuarters sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading