05hb Julai 2025
Khamis
Pagi ini, Majlis Ekonomi GiG Malaysia (MyGiG) diketuai pengerusi,YB Dato' Seri Sharkar Shamsudin bersama Sdr.Fairuz Jamaludin Fairuz Jamaludin FJ , selaku Setiausaha MyGiG, dan PENGHANTAR Malaysia telah dijemput oleh YB Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim berkaitan perbincangan RUU Pekerja Gig.
Dalam sesi ini, YBM KESUMA telah memberikan penerangan berkaitan Kerangka RUU Pekerja Gig. YBM juga memaklumkan RUU Pekerja Gig ini adalah melibatkan bidang kuasa berkaitan pemburuhan, melalui bidang kuasa yang ada pada KESUMA.
MyGiG juga telah memberi pandangan bahawa isu dasar iaitu isu kadar tambang dan kadar upah perlu diberi keutamaan dalam pembangunan dasar RUU, selain libat urus perlu ditambahbaik dengan melibatkan pihak- pihak berkepentingan. Ia adalah penting bagi mewujudkan perundangan yang seimbang kepada semua pihak yang terlibat, dan keutamannya adalah pastnya tidak membebankan Rakan-Rakan Pemandu E-Hailing dan Rakan-Rakan Penghantar P-Hailing, seperti yang berlaku didalam Sektor E-Hailing dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. YBM memberi jaminan untuk menambahbaik libat urus pembangunan dasar RUU Pekerja Gig bagi kebaikan semua pihak.
Dalam pertemuan ini juga, YB Dato' Seri Sharkar Shamsudin dan Sdr. Fairuz Jamaludin memberi sedikit penerangan kepada YBM KESUMA berkaitan kepentingan penubuhan SEGiM bagi memberi punca kuasa penuh kepada pihak kerajaan, khususnya kepada kementerian-kementerian terlibat untuk mengawal selia keseluruhan ekosistem Ekonomi Industri GiG di Malaysia. Ini adalah amat penting bagi menjamin kestabilan perundangan untuk jangka masa panjang, dan pelaksanaan pengkuasaan kepada pemegang-pemegang taruh yang terlibat.
