Remaja 13 tahun ditemui lemas di Pantai Kuala Oya Salam takziah
MUKAH – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditemui meninggal dunia selepas dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kuala Oya, petang Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Ammar Amzar Musa, dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti mandi laut sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung dalam radius kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat, sekitar jam 6.42 petang.
