Like this:

Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang-Bintang Dan Pingat-Pingat Kebesaran

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang-Bintang Dan Pingat-Pingat Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-83 semalam.

Turut berangkat hadir, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin; Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamed Ariff; Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin; Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff; Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Syafinaz Almarhum Sultan Abdul Halim.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji Norizan Khazali dan Isteri, Datin Seri Norhasni Ishak.

Dalam istiadat penganugerahan ini, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Datuk Mohd Nizam Jaafar mengetuai senarai penerima Darjah-Darjah, Bintang-Bintang Serta Pingat-Pingat Kebesaran apabila dianugerahkan Darjah Dato' Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (S.S.P.K.) membawa gelaran Dato' Seri Pahlawan diikuti Bekas Ketua Hakim Negara Ke-6, Tun Zaki Tun Azmi dan Tan Sri Dato’ Seri Syed Azman Syed Ibrahim masing-masing dianugerahkan Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Dato’ Seri Indera Setia dan Dato’ Seri Derma Wangsa.

‎Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah turut menerima Darjah-darjah serta Bintang-bintang Kebesaran antaranya, Dato' Mohamad Yusoff Zakaria menerima Darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S.) membawa gelaran Dato' dan Dzowahir Abdul Ghani serta Wong Chia Zhen menerima Setia Sultan Sallehuddin Kedah (S.S.S.).

Sultan kedah
Istiadat

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading