Like this:

Makam Pahlawan Di Sibu Lambang Perjuangan

Makam Pahlawan yang terletak di pekarangan Masjid An-Nur, Sibu bukan sekadar sebuah tempat persemadian, tetapi simbol keberanian dan semangat perjuangan empat anak muda Sarawak yang rela mengorbankan nyawa demi mempertahankan tanah air daripada penjajahan British.

Di sinilah bersemadinya Rosli Dhobi bersama tiga rakan seperjuangannya, Awang Ramli Amit, Bujang Suntong, dan Morshidi Sidek. Para pejuang negara ini dihukum mati pada tahun 1950 atas keberanian mereka menentang penjajah.

Menurut pengunjung yang datang, ziarah ke makam ini bukan sekadar satu perjalanan fizikal, tetapi juga menyentuh emosi dan jiwa. Julkipli Mahmud, salah seorang pengunjung turut berkongsi pengalamannya yang menyentuh hati apabila berdiri di hadapan makam Rosli Dhobi.

Menurutnya, meskipun nama Rosli sering disebut dalam buku teks sejarah, merasai sendiri kehadiran di tempat persemadiannya membuka mata tentang keberanian luar biasa seorang remaja yang sanggup mengorbankan segalanya demi agama, tanah air dan kedaulatan bangsa.

Keberanian Rosli Dhobi dan rakan-rakannya bukan sekadar sejarah silam, tetapi perlu dijadikan inspirasi dalam mempertahankan keharmonian negara yang dinikmati hari ini. Kisah mereka mengingatkan kita bahawa kemerdekaan tidak hadir dengan mudah, tetapi ditebus dengan darah, keringat dan semangat juang yang luar biasa.

Penjuang 01
Penjuang 02
Penjuang 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading