Seorang lelaki maut ditembak di hadapan sebuah premis menjual motosikal di Taman Meru Utama, Meru dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata mangsa dikenal pasti seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 46 tahun.
Siasatan awal mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 46 tahun dijumpai dalam keadaan mengiring dengan berlumuran darah di tempat duduk pemandu sebuah kenderaan.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012 5197913, atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.


