Like this:

Maut Makan Kosmetik

Rest In Peace

Pempengaruh Taiwan maut akibat makan produk kosmetik

TAIPEI – Seorang influencer atau pempengaruh muda dari Taiwan yang dikenali dengan video luar biasa memakan produk kosmetik dilaporkan meninggal dunia secara mengejut mencetuskan kebimbangan peminat tentang kemungkinan keracunan atau serangan jantung.

Mangsa yang dikenali secara dalam talian sebagai Guava Beauty berusia 24 tahun dan memiliki lebih 12,000 pengikut di sebuah platform media sosial.

Dia popular dengan imej manis dan remaja, serta kandungan kreatif seperti video 'make-up mukbang', iaitu trend di mana individu makan sambil berinteraksi dengan penonton.

Antara kandungannya termasuk aksi makan gincu, pemerah pipi, masker muka dan pad kapas, sesuatu yang dianggap melampau dan membimbangkan ramai.

Dalam satu video terbarunya, dia mempromosikan sejenis pemerah pipi bertekstur jeli sambil menulis kapsyen:"Kalau kamu berani cadangkan, saya berani makan.”

Menerusi video itu, dia menyapu pemerah pipi pada wajah sebelum menyuapnya ke mulut menggunakan garpu dan mengunyahnya.

"Jom cuba. Rasa rangup macam agar-agar. Maaf kawan, tapi rasanya teruk,” katanya.

Walaupun ramai peminat terkejut, ada yang menyuarakan kebimbangan bahawa kandungannya boleh mengelirukan penonton, terutamanya golongan muda mengenai keselamatan memakan produk kosmetik.

"Berhentilah buat kandungan macam ini. Kalau suka, buatlah secara peribadi. Tapi janganlah promosikan makan kosmetik. Itu bahan kimia, bukan untuk dimakan. Ludah balik pun tak selamat. Kalau orang terikut dan jadi apa-apa, sanggupkah kamu bertanggungjawab?” kata seorang pengguna.

Namun sejak itu, tiada sebarang muat naik baharu selepas video itu sehinggalah pada 24 Mei apabila bio di profilnya ditukar kepada:"Log keluar dari dunia. Bermula perjalanan baru. Semua kolaborasi perniagaan dibatalkan.”

Beberapa jam kemudian, keluarganya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemergiannya.

"Dengan penuh kesedihan, kami maklumkan bahawa bintang video mukbang kosmetik kami, Guava Beauty telah menamatkan kerjayanya dan sudah meninggal dunia pada 24 Mei 2025.

Kenyataan itu mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai punca kematiannya yang mana ada yang mengaitkannya dengan keracunan bahan kimia dalam kosmetik dan ada juga yang menyangka dia terkena serangan jantung

Maut makan kosmetik

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading