Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Gotong-Royong Sempena Majlis Perasmian Projek Malaysia Social Innovation (MSI) di Sedim.
Program ini dilaksanakan oleh Advanced Materials Research Center (AMREC), SIRIM Berhad, dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kulim, Majlis Ketua Kampung serta komuniti setempat.
Objektif utama projek ini adalah untuk menambah baik sistem penapisan debris bagi menjamin bekalan air bersih ke sistem takungan air graviti berpusat, serta membina sebuah takungan air berkapasiti 45,000 liter padu sejam.
Usaha ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 400 buah rumah di kawasan sekitar, sekali gus memperkukuh prasarana asas dan meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui pendekatan inovasi sosial berasaskan teknologi.
Beliau amat mengalu-alukan pelaksanaan projek sebegini yang bukan sahaja mempertingkatkan infrastruktur asas, malah memperkukuh semangat gotong-royong dan inovasi sosial demi kesejahteraan rakyat.
