Like this:

Ops Asap Oleh Jabatan Alam Sekitar

OPERASI BERSEPADU Bil 16/2025 PENGUATKUASAAN ASAP DIESEL JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA ( UNIT TRAFIK ) IPD NILAI NEGERI SEMBILAN.

20 JUN 2025, NILAI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama sepasukan Polis Trafik IPD Nilai, Negeri Sembilan telah menjalankan operasi melalui Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Asap Diesel pada 19 Jun 2025.

Operasi telah dijalankan di Susur Keluar Plaza Tol Nilai dengan kekuatan anggota seramai sembilan (9) pegawai penguatkuasa dari JAS Negeri Sembilan dan 6 anggota daripada Polis Trafik IPD Nilai.

60 buah kenderaan berenjin diesel menjalani pemerhatian secara visual, 10 buah kenderaan berenjin diesel telah diuji tahap pelepasan asap hitam daripada ekzos dan hasil ujian ini. Terdapat emapt (4) kenderaan berenjin diesel yang gagal mematuhi Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 semasa operasi tersebut. Tiga (3) kompaun dan notis arahan telah dikeluarkan agar kenderaan diuji semula di PUSPAKOM manakala terdapat satu (1) notis arahan telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bagi tujuan ujian semula juga di Puspakom.

Notis arahan dibawah seksyen 31, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan terhadap pemilik kenderaan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had ditetapkan.

JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Polis Trafik (PDRM) atas kerjasama dalam menjayakan operasi ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus menyumbang kepada kelestarian alam sekitar di negeri ini.

Ops asap 01
Ops asap 02
Ops asap 03

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading