25 Julai 2025, PULAU PINANG- Pasukan Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( IPD Seberang Perai Utara ) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang.
Operasi penguatkuasaan ini telah dijalankan ke atas kenderaan berenjin diesel di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 yang bertempat di Plaza Tol Sungai Dua menghala ke selatan.
Pemerhatian visual telah dijalankan ke atas pelbagai jenis kenderaan berenjin diesel. 15 daripada 65 buah kenderaan yang disaring telah menjalani ujian meter. 4 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melepaskan asap hitam yang melebihi had dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, AKAS 1974 manakala 4 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 turut dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terlibat. Selain itu, 2 Perintah Larangan juga telah dikeluarkan atas kesalahan yang sama.
Para pemilik kenderaan berenjin diesel diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, AKAS 1974.

