Chassis sebuah kenderaan EV sebenarnya tidak sama dengan kenderaan ICE. Kalau kenderaan ICE nak 4WD, kena buat longkang kat tengah, dan sempitkan ruang kabin.
Bila sebut chassis sebuah kenderaan EV, binaannya lain. Contohnya kereta jenama BYD guna teknologi CTB ( Cell To Body ) yang menyebabkan Torsional Rigidity di angka 40,000 NM/Deg. Level kereta ultra mewah kalau dalam dunia ICE.
Pilihan kereta EV dah tentu ada mahal dan murah, dan ia semudah letak motor sahaja di depan ( FWD ) atau di belakang ( RWD ) atau letak aja di kedua dua tempat ( AWD )
Biasanya kereta biasa akan guna 2 motor aja untuk jadikan AWD, tapi ada juga versi high performance macam Zeekr 001, guna 4 buah motor.
Bayangkan 1 tayar ada enjin dia sendiri yang dikawal oleh central computer dan power source dari bateri.
Pengkelasan sebuah EV selalunya, kalau short range akan guna bateri BYD LFP, kalau long range akan guna CATL NMC.
Sudah lama benar saya tidak mengalisis pasaran ehailing negara kita..
Hari ini saya kembali melihat gelombang industri ehailing secara sepintas lalu dan akan mengulas secara terperinci bersama-sama dengan barisan teman-teman pejuang industri ehailing.
Sepanjang tempoh 2024 saya perhatikan tidak menampakkan petanda jelas selain daripada persaingan diantara dua syarikat luar negara yang masing-masing menggunakan warna hijau sebagai warna rasmi.
Bagaimanapun menghampiri penghujung 2024 tiba-tiba muncul sebuah lagi syarikat ehailing yang juga menggunakan warna hijau dan juga berasal dari luar negara dilihat agak agresif untuk menarik penyertaan pemandu di kawasan KLIA dan di media sosial.
Seperti lazimnya saya memandang kemunculan syarikat baru dengan ketidakyakinan mereka akan mampu menyerap asakan persaingan yang didominasi oleh 2 syarikat terkemuka.
Namun oleh kerana syarikat ‘hijau pudar’ ini adalah merupakan sebuah applikasi yang telah pun membuktikan kejayaan mereka di beuua eropah maka saya kira mereka perlu diperhatikan.
Sejujurnya ada juga beberapa pihak mengajak saya untuk berjumpa dengan pengurusan syarikat hijau pudar ini namun saya sudah keberatan untuk terlibat dengan mana-mana syarikat ehailing dari luar negara.
Saya sudah tidak nampak faedah pengakhiran yang memberi manfaat kepada penggiat ehailing terutama dari dalam negara melibatkan pemandu malahan pengguna sekaligus.
Mungkin kerajaan menerima laba daripada kos EVP yang syarikat ini bayar dalam kadar jutaan ringgit saban tahun namun kesan persaingan turut memberi kesan negatif. Kesan negatif ini lebih banyak memberi kesan kepada pemandu ehailing berbanding pengguna yang tidak menyedari perkongsian dalam kek ehailing adalah tidak adil.
Saya tinggalkan perihal kesan negatif itu kerana saya akan bicarakannya pada masa lain cuma kini saya terpaksa untuk mengikuti langkah sebahagian warga Malaysia yang telah mula untuk mengutamakan produk tempatan.
Semangat cintakan produk Malaysia turut menjangkiti ke dalam hati nurani pemandu ehailing dan ini boleh dilihat sewaktu ruang pendaftaran GV Ride sebuah syarikat ehailing tempatan dibuka di kawasan KLIA Downtown.
Dalam tempoh sebulan berada di sana lebih daripada 20000 pemandu berjaya didaftarkan dan ini menunjukkan bahawa sokongan kepada applikasi ehailing tempatan memang tebal di dalam hati pemandu ehailing.
Cabaran besar GV Ride ialah menarik seramai mungkin pengguna untuk mendaftar seterusnya menjadi pengguan tegar GV Ride.
Lantaran itu CEO GV Ride dalam satu siaran media mengutarakan tawaran 1 juta tambang dan bersedia untuk meningkatkan jumlah tersebut kepada 1.5 juta mengikut keperluan.
Ini adalah strategi paling mantap dan paling berani untuk sebuah syarikat baru apatah lagi syarikat ehailing tempatan untuk melabur besar seterusnya mendapatkan keyakinan daripada pemandu dan pengguna ehailing.
Sementara itu siaran di TV gergasi di pusat bandar Kuala Lumpur dan KLIA2 adalah bukan pelaburan yang murah dan saya terpaksa untuk mengucapkan takjub kepada GV Ride di atas keberanian mereka dan saya yakin langlah pelaburan besar ini tidak akan sia-sia dan kini ‘ping’ atau tempahan sudah mula hadir ke telefon pemandu GV Ride yang sedia menyantuni pengguna.
Rancangan masa depan yang telah pun diumumkan oleh CEOnya En Kabeer Singh semasa pelancaran GV Ride di Sg Long pada sabtu minggu lepas juga merupakan langkah masa depan yang saya yakin boleh memberi isyarat jelas kenapa warga Malaysia wajib menyokong GV Ride.
Insuran ehailing secara harian bakal diperkenalkan dan ini akan memberi kelebihan kepada pemandu ehailing yang tidak mampu untuk membeli insuran wajib tersebut secara tahunan..
Selain itu kesediaan GV Ride untuk menyediakan bateri kereta secara percuma juga pasti ditunggu-tunggu oleh pemandu ehailing yang sering berhadapan masalah apabila bateri mereka ‘kong’ di saat duit poket tidak berapa mencukupi.
Sementara itu tahap keselamatan pengguna juga diutamakan apabila GV Ride memperkenalkan sistem OTP atau nombor rahsia yang hanya diketahui oleh pengguna dan pemandu pasti memberikan keselamatan tahap tinggi kepada kedua-duanya.
Sebenarnya masih banyak sebab yang boleh dkongsikan kenapa GV Ride wajib disokong namun saya biarkan anda mencuba dahulu seterusnya berkongsi dengan saya berkenaan dengan apa yang anda rasakan selepas menggunakan applikasi GV Ride.
SARIKEI, 21 November: Lapan maut dan dua cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 448, Jalan Betong-Sarikei-Meradong.
Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Aswandy Anis, memaklumkan insiden yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu melibatkan dua buah kenderaan, iaitu sebuah Perodua Alza dan sebuah Toyota Hilux.
Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Alza yang membawa seorang lelaki berbangsa Cina bersama tujuh warga Indonesia didapati cuba melarikan diri daripada pemeriksaan kereta peronda polis.
Beliau berkata, dalam cubaan melarikan diri, kenderaan tersebut memasuki laluan bertentangan di lencongan Simpang Bulat.
Malangnya, setibanya di Jambatan Sungai Nyelong di Lebuhraya Pan Borneo, kenderaan yang dinaiki lapan lelaki berkenaan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita.
Akibat pertembungan itu, kesemua penumpang dan pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Sarikei.
Sementara itu, pemandu dan penumpang pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan.
Mayat kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat.
Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Bilionair India, Gautam Adani, telah didakwa dengan tuduhan penipuan di Amerika Syarikat, di mana beliau didakwa mengatur skim rasuah bernilai $250 juta (£198 juta) untuk mendapatkan kontrak menguntungkan dan menyembunyikannya bagi mengumpul dana di AS. Tuduhan jenayah itu difailkan pada Rabu di New York, memberi tamparan hebat kepada tokoh perniagaan berusia 62 tahun itu, yang merupakan salah seorang individu terkaya di India dengan empayar perniagaan meliputi pelabuhan, lapangan terbang, dan tenaga boleh diperbaharui.
Menurut pendakwa, Adani bersama eksekutif kanan syarikatnya bersetuju membayar rasuah kepada pegawai India untuk mendapatkan kontrak bagi syarikat tenaga boleh diperbaharuinya. Kontrak tersebut dijangka menghasilkan keuntungan lebih $2 bilion dalam tempoh 20 tahun. Namun, Adani Group belum memberikan komen terhadap tuduhan ini.
Sejak 2023, kumpulan ini telah berada dalam pengawasan di AS selepas sebuah laporan profil tinggi mendakwa syarikat itu terlibat dalam penipuan, walaupun tuduhan tersebut dinafikan oleh Adani. Laporan itu mencetuskan jualan besar-besaran di pasaran saham. Pendakwa mengatakan siasatan rasuah ini bermula pada 2022 tetapi terganggu akibat halangan yang disengajakan oleh pihak syarikat.
Eksekutif syarikat didakwa mengumpul $3 bilion dalam bentuk pinjaman dan bon, termasuk daripada firma AS, menggunakan kenyataan palsu tentang dasar anti-rasuah mereka. Pendakwa mendakwa mereka menyembunyikan bukti rasuah ketika mengumpul modal daripada pelabur tempatan dan antarabangsa.
Peguam AS, Breon Peace, dalam kenyataannya berkata, “Sebagaimana didakwa, para tertuduh merancang skim rumit untuk merasuah pegawai kerajaan India demi kontrak bernilai berbilion dolar, dan… berbohong tentangnya ketika mencari modal daripada pelabur AS dan antarabangsa.” Beliau menambah bahawa pejabatnya berkomitmen untuk membanteras korupsi dalam pasaran antarabangsa serta melindungi pelabur daripada amalan tidak beretika.
Selain itu, beberapa kali Adani sendiri didakwa bertemu pegawai kerajaan bagi memajukan skim rasuah ini. Beliau juga diketahui sebagai sekutu rapat Perdana Menteri India, Narendra Modi, tetapi menafikan dakwaan mendapat manfaat daripada hubungan politik tersebut.
Tuduhan ini difailkan hanya beberapa minggu selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden AS, dengan janji untuk merombak Jabatan Kehakiman AS. Adani, melalui media sosial, baru-baru ini mengucapkan tahniah atas kemenangan Trump dan berjanji untuk melabur $10 bilion di AS.
Saya tengah layan review BYD Shark secara haram di USA, diorang pinjam BYD Shark dari Mexico. Kat USA mana ada BYD.
Benda pertama yang diorang paling suka ialah kualiti interior sebuah BYD. Ada 2 jenis material kat pintu dan wireless charger telefon siap ada ekon nak sejukkan balik phone tu.
Dan mereka suka bentuk trak seperti trak tradisional, bukannya macam spaceship (Cybertruck / Rivian RT)
Satu lagi yang American reviewer tu suka, dia ingatkan BYD akan copy design kereta Jepun dan guna material cap ayam……terkejut mamat tu
Onboard tulis battery power 80km kuasa bateri sebelum enjin 1.5 turbo tu berfungsi, tapi sorang reviewer dari NZ kata, dah cecah 80km , masih ada 30% battery power, dan dia pun suka interior BYD Shark.
Ni gambar BYD Seal, sambil baca reddit kat /r/electricvehicles kisah pasal kualiti cabin BYD.
Nissan dah cuba, tapi gagal ( 2013 ). Kemudian Tesla pun mencuba dan sekarang jadi production di CyberTruck.
Teknologi ini tak perlu guna steering rack. Jadi , mudah nak hasilkan kereta pemanduan belah kiri atau belah kanan. Teknologi ini membolehkan kereta jadi murah.
Kena tunggu CyberTruck jadi bahan ujikaji samaada teknologi ini stabil ke tidak.
Hilang dah masalah nak servis steering rack tapi diganti pulak dengan robotic arm.
Saya jangka, teknologi ini akan ditiru oleh manufacturer EV dari China dan akan dimurahkan lagi.
Mungkin lagi 5 tahun EPS ( Electric Power Steering ) akan pupus, digantikan dengan SBW ( Steer By Wire )
Korang perasan tak, yang dashboard Kereta EV dari Eropah atau Amerika, screen kecik dan simple aja. Tesla ada screen kecik kat tengah, itu ajalah.
Tapi kalau EV dari China, screen dia memenuhkan ruang dashboard. Dah macam paparan dalam roket Space X pulak.
Malah HUD kereta China dilihat sangat advanced berbanding kereta Europe yang sekadar tunjuk kelajuan kenderaan aja.
Jadi, kenapa terdapat perbezaan sangat nyata?
Kita kena faham tentang budaya rakyat China. Mereka ( automative EV ) akan bina ikut selera rakyat dia. Rakyat China biasanya akan menghabiskan waktu yang lama dalam kereta. Jadi, kereta ni ibarat second home, kat situlah nak soping, kat situlah nak berkaraoke , malah mungkin main online game dalam kereta. Belum cerita lagi yang ehem-ehem dalam kereta.
Sebab itu la screen kereta EV China boleh paparkan macam macam, malah nak tengok Netflix pun boleh di screen berasingan.
Yang kelakarnya, EV China ada mode karaoke.
Berlainan dengan budaya orang Europe, kereta hanyalah sekadar kenderaan nak bergerak dari point A ke B. Bukannya nak baca Whatsapp kat screen. Jadi screennya kecik aja, sekadar bagitau range, kelajuan dan Google Map aja, itu aja kerja EV kereta Europe. Nasib baik ada skrin.
Kat sini perbezaan budaya berkereta pun akan menghasilkan cockpit kereta yang berlainan mengikut lokaliti. Betul dak?
Bayangkan penumpang anda tengah buat livestream kat TikTok guna selfie mode sewaktu terperangkap dalam jem, haa itulah China, dia integrate segala-galanya dalam kereta.
Kereta Jepun? Mereka masih dibuai nostalgia kehebatan mereka di zaman 80s …masih tido agaknya
Benda ni perlu. Kadang-kadang kita tak pakai pun “common sense” … Dalam menyelesaikan masalah, kita lupa nak berfikir diluar kotak. Banyak dari kita biasanya berfikir di luar otak…
Karang cerita lebih karang orang marah… Orang buat laporan Polis… Hahaha
Satu laporan polis telah dibuat oleh Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat pada pagi tadi berkenaan dengan satu siaran media sosial yang memfitnah Perdana Menteri yang kononnya menyokong Israel .
Naib Pengerusinya En Shahbudin menyatakan dengan tegasnya bahawa mereka mahu pihak polis menyiasat siaran media itu dan mendakwa dengan sekeras-keras hukuman terhadap pelaku.
Turut hadir ialah Pengerusi En Mustafa Mansor, Timbalan Pengerusi Mejar (B) Razali Zakaria dan lain-lain termasuk Ayahanda Rani Kulup.
Video penuh sidang media boleh ditonton di FB Ehailing.fm
Donald Trump telah memilih Linda McMahon, pengasas bersama World Wrestling Entertainment (WWE) dan rakan karib politiknya, sebagai calon Setiausaha Pendidikan. McMahon, yang juga pernah memimpin Pentadbiran Perniagaan Kecil semasa penggal pertama Trump sebagai presiden, mempunyai sejarah lama sebagai penyokong setia Trump dan turut menyumbang jutaan dolar kepada kempen presidennya.
Trump mengumumkan pencalonan ini melalui Truth Social, menyatakan bahawa McMahon memiliki pengalaman kepimpinan yang luas serta pemahaman mendalam dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Beliau dijangka membantu melaksanakan visinya untuk mengembalikan sistem pendidikan kepada kuasa negeri, selaras dengan janjinya untuk menutup Jabatan Pendidikan.
McMahon, yang mengasaskan WWE bersama suaminya pada tahun 1980, sebelum ini pernah berkhidmat dalam Lembaga Pendidikan Negeri Connecticut dari 2009 hingga 2010. Walaupun beliau tidak mempunyai latar belakang formal dalam bidang pendidikan, McMahon kini mengetuai institusi pemikir pro-Trump, America First Policy Institute, yang menjadikan pengesahannya di Senat, yang dikuasai Republikan, lebih mudah.
Trump turut memuji peranannya dalam memperjuangkan hak ibu bapa dan menyatakan bahawa McMahon akan mengetuai usaha untuk memperkasakan pelajar dan pekerja generasi akan datang. Pemilihannya selaras dengan corak Trump yang melantik penyokong setia dalam jawatan utama kabinetnya.
Namun begitu, nama McMahon terpalit dalam tuntutan mahkamah baru-baru ini yang melibatkan WWE, di mana beliau dan suaminya didakwa gagal mencegah salah laku serius dalam syarikat itu. Kedua-duanya menafikan tuduhan tersebut, dengan peguam mereka menyifatkan dakwaan itu sebagai “tidak berasas dan fitnah.”
Keputusan Trump untuk melantik McMahon sebagai Setiausaha Pendidikan mencetuskan perdebatan, tetapi ia juga mencerminkan kepercayaannya terhadap individu yang setia dan selaras dengan visinya untuk perubahan sistem pendidikan Amerika.