Kereta jalan jauh naik highway elok je, tapi bila sangkut dalam jem suhu naik mencanak. Salah satu sebab besar – kipas radiator tak pusing.
Masa tengah drive laju, angin banyak masuk. Jadi walaupun kipas tak jalan, radiator masih sempat sejukkan air sikit. Tapi bila korang sangkut dalam jem, angin takde. Haba enjin pulak makin naik. Masa tu la kipas kena tolong, kalau tak pusing, memang haru.
Bila kipas senyap, suhu enjin perlahan-lahan naik. Korang pun mungkin tak perasan. Tengok-tengok, jarum suhu dah lepas separuh. Kalau dibiar, boleh jadi panas melampau. Waktu tu la satu-satu masalah mula keluar.
Air radiator boleh mendidih. Tekanan dalam sistem naik, paip getah pun boleh mula bocor. Ada kes air pancut keluar masa tengah drive. Memang kelakar tapi bahaya jugak
Aircond pun mula tak sejuk. Korang ingat gas habis, tapi sebenarnya kipas tak tolong sejukkan sistem. Sebab tu bila enjin panas, aircond pun terus rasa suam.
Kadang-kadang bukan benda besar pun puncanya. Fius putus je. Tapi ramai suka main tukar je barang lain dulu. Habis masa, duit pun lesap. Sebenarnya senang je, masa enjin panas, buka bonet dan tengok kipas tu hidup ke tak. Kalau diam je, confirm ada problem.
Kalau motor kipas tu dah nazak, dia hidup kejap je. Pastu senyap terus. Masa mula korang ingat ok, tapi bila tengah panas betul, dia tak muncul. Tu yang suhu naik senyap-senyap.
Jangan tunggu enjin overheat baru nak ambil peduli. Sekali jadi, bukan setakat air habis, gasket pun boleh terbakar. Tu dah kira masalah berat.
Kipas radiator ni mungkin nampak macam tak penting, tapi dia la yang bantu kawal suhu bila kereta tak bergerak. Kalau dia buat hal, satu sistem boleh terganggu. So, kalau suhu naik masa tengah jem, boleh check dulu kipas tu.
