Malaysia bukan sahaja menjadi tempat negara tetangga
mencari rezeki, tetapi juga menjadi tempat mereka menimba ilmu dan menjadi bijaksana
Kadar permohonan pelajar Indonesia untuk menyambung pelajaran ke Malaysia
telah meningkat 40% dalam masa setahun. Kini terdapat lebih 11000 mahasiswa Indonesia sedang menuntut pelajaran di pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia
Bidang yang paling diminati mahasiswa
adalah pentadbiran perniagaan, pendidikan, teknologi komputer dan sosiologi.
