Warga Ehailing.Fm merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Seri Jana Santhiran Muniayan atas penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2025 yang membawa gelaran “Dato’ Seri”.
Penganugerahan ini merupakan suatu pengiktirafan yang amat bermakna atas sumbangan dan khidmat bakti cemerlang YBhg. Dato’ Seri dalam perkhidmatan awam dan pembangunan negara, khususnya dalam sektor pengangkutan.
Semoga YBhg. Dato’ Seri terus diberkati dengan kejayaan, kesejahteraan dan kecemerlangan dalam menerajui agenda MADANI dan memacu kemajuan negara.
Ikhlas daripada:
Warga Ehailing.Fm
