Like this:

Rim Kereta Bergaya Lowered

Pernah tak korang nampak rim kereta yang tayar dia nipis gila, sampai nampak macam tayar basikal? Ha, tu la orang panggil rim low profile.

Memang tak dinafikan, rim jenis ni memang nampak padu, lagi-lagi bila letak kat kereta yang dah lowered. Nampak kemas, sporty, dan memang tarik perhatian. Tapi bila cakap pasal kegunaan harian, rupa semata-mata tak cukup.

Bila tayar makin nipis, kemampuan serap hentakan pun makin kurang. Jalan kat Malaysia ni korang pun tahu macam mana, penuh lubang, batu, hump. Semua getaran dari jalan tu memang akan terasa, bukan setakat kat tempat duduk, kadang boleh sampai ke belakang badan. Kalau jalan teruk sangat, kepala pun boleh rasa gegar dia.

Lagi satu, rim jenis ni senang bengkok bila terlanggar lubang laju-laju. Nak repair bukan murah, kadang-kadang susah nak cari bengkel yang boleh betulkan. Kalau nak tukar terus, harga dia pun boleh buat kecut perut. Nak cari rim sama pulak, bukan senang.

Tayar low profile ni pun satu hal. Harga dia bukan biasa-biasa. Kalau tepi tayar dah koyak, memang tak boleh tampal, terus kena tukar sebijik.

Kalau korang pakai kereta hari-hari, lalu jalan tak berapa elok, rim macam ni memang boleh buat pening kepala. Tapi kalau kereta tu jenis korang simpan, bawa time hujung minggu atau pergi event je, bolehlah layan.

Tapi kalau korang tak kisah rasa gegar satu badan, memang suka tengok kereta nampak padu walaupun suspension keras, rim low profile ni memang sesuai dengan citarasa korang. Cuma kena bersedia dari awal, bukan setakat dari segi rasa, tapi juga bajet.

Kalau nak cari tengah-tengah antara gaya dan keselesaan, boleh ikut setup dalam gambar bawah ni. Balance sikit.

Rim lowered

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading