Senarai 15 pelajar UPSI yang maut. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang terkorban. Al-Fatihah..
2. MOHAMMAD AQIL TAQIUDDIN BIN MOHD SOFIAN
3. MUHAMMAD ADIB HAZIM BIN HALIM
4. NIK AMNI NADIAH BINTI NIK NOR ZABIR
5. NUR AINUL QISTINA BINTI MAT ALI
6. NUR DALILA FARHANA BINTI MOHAMAD ISMA
7. NURLY SAHIRAH BINTI AZMAN
8. NURUL FATIHAH BINTI ABU SETAMAN
9. NURUL IZYANTI BINTI MUHAMAD AZAHAR
10. SUFEA ADELA BINTI MASLIHAIZAN
11. FATIN NASRIEN
12. MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ROSDE
13. WAN NUR SUHAILA
14. ANIS SOFFIYYA BINTI MD ZAIDI
15. NOR AYUNI BINTI MASLAN
Pelajar sewa bas sendiri pulang dari cuti Aidiladha - Naib Canselor UPSI
Perjalanan bas yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur–Barat, Banun, Gerik, yang mengorbankan beberapa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), adalah inisiatif peribadi pelajar dan bukan program anjuran pihak universiti.
Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menjelaskan, bas persiaran berkenaan telah disewa secara persendirian oleh pelajar sempena cuti Hari Raya Aidiladha dan mereka dalam perjalanan pulang ke kampus selepas bercuti di kampung halaman sekitar Jertih dan Hulu Terengganu.
“Tiada pensyarah atau kakitangan terlibat kerana perjalanan itu diurus sendiri oleh pelajar sempena cuti Hari Raya Haji,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.
Susulan kejadian tragis itu, UPSI bertindak pantas dengan menubuhkan pusat gerakan khas yang beroperasi 24 jam bagi menyelaras bantuan kebajikan serta memberikan sokongan kepada mangsa dan keluarga mereka.
Md Amin berkata, pasukan universiti kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Gerik bagi memantau situasi semasa serta memastikan keperluan mangsa ditangani segera.
“Pasukan kaunselor juga telah digerakkan, manakala pusat gerakan khas di kampus UPSI sedang beroperasi sepenuhnya bagi menyelaras bantuan dengan kerjasama pemimpin masyarakat di Jertih dan Hulu Terengganu.
“Kita akan pastikan setiap keluarga diberikan bantuan sewajarnya meliputi aspek emosi, logistik dan kebajikan,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan tragedi itu sebagai insiden pertama seumpamanya melibatkan pelajar UPSI dalam jumlah korban yang besar.
“Seluruh warga UPSI dan rakyat Malaysia amat berdukacita. Kita ucapkan salam terakhir buat mereka yang terkorban dan mendoakan yang terbaik untuk semua mangsa,” katanya.
Berhubung jumlah sebenar mangsa terkorban atau cedera, Md Amin berkata, pihak universiti masih menunggu maklumat rasmi daripada pihak berkuasa.
“Saya tidak boleh sahkan bilangannya ketika ini. Kita serah kepada pihak berkuasa untuk pengesahan rasmi.
“Tetapi yang pasti, ini satu tragedi besar dan amat meruntun hati kami semua,” ujarnya.
