Tinjauan Nambikkai Kebangsaan Di Mentari Court

Nambikkai Kebangsaan diketuai oleh Ketua Aktivisnya Dato Dr Kalaivanar melakukan tinjaun di Mentari Court yang sebelum itu dilaporkan sebagai lubuk warga asing berniaga.

Premis perniagaan yang mereka buka pula adalah merupakan unit kediaman dan ini memberi satu saingan kepada peniaga tempatan yang berniaga di lokasi sebenar.

Peniaga tempatan terpaksa membayar sewa sekitar RM3500 hingga RM4000 sebulan manakala peniaga warga asing hanya membayar sewa pada kadar RM1000 sebulan.

Dato Dr Kalaivanar juga sedia berjumpa dengan Dato Bandar PJ seterusnya memberi bayangan akan mengadakan himpunan besar-besaran di hadapan pejabat SUK dan pejabat Imigresen Selangor jika masalah itu tidak ditangani segera.

Sementara itu sewaktu siri tinjauan dilakukan didapati kebanyakkan premis warga asing telah ditutup dan kemungkinan ada kebocoran maklumat berlaku.

Tijauan Nambikkai Di Mentari Court

Penipuan pembantu rumah warga asing didedahkan Dato Dr Kalaivanar

Dato Dr Kalaivanar Ketua Aktivis Nambikkai Kebangsaan tampil bersama mangsa untuk mendedahkan kegiatan seorang penipu yang telah memperdaya mangsa-mangsa sehingga RM150k

Modus operandi sama iaitu menjanjikan pembantu rumah warga asing dengan bayaran mencecah ribuan ringgit, namun tiada perjanjian dibuat dengan mangsa-mangsa.

Selepas lebih kurang 2 minggu warga asing yang dibekalkan akan melarikan diri dan si penipu tersebut akan menjemput pembantu rumah tersebut yang kemudiannya dihantar kepada pelanggan lain dengan taktik yang sama.

Sementara itu seorang mangsa En Hariharan pula sangat kecewa apabila laporan polis yang dibuatnya masih tiada perkembangan yang positif malahan beliau kecewa apabila beliau disaran oleh anggota polis untuk membuat laporan di Tribunal Pengguna.

Menurut Dato Dr Kalaivanar sebanyak 16 laporan polis telah dibuat keatas individu yang sama dan memohon jabatan lain seperti Jabatan Imigrisen untuk campurtangan kerana percaya pemerdagangan manusia wujud di dalam kes ini.

Sindiket Penipuan Pembantu Rumah Warga Asing 02

Kes Kematian Dr Shintumathi Jadi Pelik

SIARAN MEDIA
4 September 2024

Presiden Nambikkai Malaysia, Dato’ Dr. KalaiVanar

KEMATIAN MENCURIGAKAN DR. SHINTUMATHI A/P MUTUSAMY: SATU KONSPIRASI TERANCANG?

KUALA LUMPUR: Dr. Shintumathi A/P Mutusamy, seorang doktor yang berdedikasi dan disayangi keluarga, telah meninggal dunia pada 8 Oktober 2023 di kediamannya di Unit 16-23 High Park Suite, Jalan SS 6/7, Kelana Jaya, Selangor. Pihak polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai “mati mengejut,” namun keluarga mendiang percaya terdapat konspirasi yang menyebabkan mendiang dibunuh.

Mendiang, seorang doktor yang berani dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap diri sendiri, mengendalikan Poliklinik Vista di Petaling Jaya bersama rakan kongsinya, Dr. Prakash Kumar A/L Jayapalan. Hubungan antara mendiang dan Dr. Prakash dipercayai lebih dari sekadar rakan kongsi, di mana Dr. Prakash didakwa adalah teman lelaki mendiang walaupun beliau sudah berkahwin.

Menurut ibu mendiang, Vijaya Letchimi, dan kakak mendiang, Revathi A/P Mutusamy, mereka percaya bahawa mendiang pernah menjalani pengguguran hasil hubungan dengan Dr. Prakash, yang mungkin diketahui oleh isteri Dr. Prakash. Beberapa bukti juga menunjukkan Dr. Prakash sering menemani mendiang, termasuk kali terakhir pada 5 Oktober 2023, sebelum mendiang ditemui mati.

Kronologi Kes dan Kecurigaan:
Mendiang dilaporkan dalam keadaan sedih dan lemah pada 5 Oktober 2023, kali terakhir kelihatan dalam rakaman CCTV lif menuju ke kediamannya. Pada 6 Oktober, mendiang cuba menghubungi seorang individu yang dikenali, tetapi gagal dihubungi.

Dr. Prakash tidak membuat sebarang laporan polis atau memaklumkan keluarga mendiang setelah mendiang tidak hadir ke klinik pada 6 Oktober 2023. Laporan polis hanya dibuat pada 8 Oktober 2023 oleh Dr. Prakash, di mana beliau menyatakan kemungkinan mendiang telah meninggal dunia, menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh membuat ramalan tersebut.

Pihak keluarga juga mencurigai tindakan pihak polis yang lambat memaklumkan kematian kepada mereka, hanya dilakukan pada 10 Oktober 2023, dua hari selepas laporan polis dibuat.

Dalam siasatan awal, seorang pegawai polis, Sjn Nazaruddin, memaklumkan bahawa mendiang ditemui mati dengan plastik sepanjang 22 cm disumbat ke dalam mulutnya. Mendiang juga ditemui berlumuran darah di katilnya.

Tiada tindakan forensik yang lengkap dilakukan di tempat kejadian, seperti pengumpulan bukti-bukti penting dan analisis DNA dari tilam berlumuran darah yang ditemui.

Laporan post-mortem asal yang menyatakan punca kematian sebagai “Inhalation Asphyxia by Compressed Gas” didapati tidak lengkap, dan terdapat kesilapan dalam penandatanganan sijil kematian.

Pegawai penyiasat dan pakar patologi mencadangkan satu persidangan untuk membincangkan penemuan kes ini, namun persidangan tersebut dibatalkan atas arahan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, menimbulkan lebih banyak persoalan.

Rayuan dan Tindakan Lanjut:
Sebanyak 18 laporan polis telah dibuat oleh keluarga mendiang, yang percaya kematian Dr. Shintumathi adalah satu pembunuhan terancang dan bukannya kematian mengejut. Oleh itu, Dato’ Dr. KalaiVanar, Presiden Nambikkai Malaysia, menyeru agar YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara dapat menyarankan siasatan semula dengan penuh teliti dan mendalam. Pihak berkuasa diminta untuk menangkap suspek yang dipercayai, Dr. Prakash Kumar A/L Jayapalan, untuk membantu siasatan lanjut bagi memastikan keadilan bagi mendiang Dr. Shintumathi dan keluarga.

Seraham Kes Dr. Shintumathi 02
Seraham Kes Dr. Shintumathi 03

Kuil berusia 50 tahun jadi rebutan

Pertubuhan Hindu Maha Sabha mendakwa pertubuhan mereka adalah paling layak dan sah untuk mentadbir Kuil Sri Shivan Brickfield yang sudah berusia 50 tahun.

Mereka mahu mengambilalih pentadbiran kuil tersebut daripada pentadbir sekarang kerana terdapat bukti kukuh wujud pelbagai penyelewengan termasuk berkenaan dana dan harta kuil itu.

Ikuti sidang media Pertubuhan Hindu Maha Sabha yang diwakili oleh Dato Kalaivanar daripada Nambikkai Kebangsaan.

#kuilhindu #bambikkai #rebut #dana #seleweng