TAHUKAH ANDA? | Cawangan Khas: “Mata & Telinga” Negara Demi Keselamatan Rakyat
Sejak penubuhannya pada tahun 1918, Cawangan Khas terus memainkan peranan penting sebagai badan perisikan utama negara dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Melalui pengumpulan serta analisis maklumat risikan berkaitan ancaman keselamatan seperti ekstremisme, keganasan dan jenayah rentas sempadan, usaha ini membantu kerajaan membuat keputusan strategik secara proaktif.
KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
“Kerajaan komited memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, dengan pendekatan penguatkuasaan dan risikan yang profesional, berintegriti serta selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.”
- YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pendekatan berteraskan rakyat (people-centric) memastikan setiap tindakan keselamatan dilaksanakan secara seimbang bagi melindungi kedaulatan negara sambil menghormati kebebasan sivil serta ruang demokrasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Usaha berterusan ini membuktikan komitmen Kementerian Dalam Negeri dalam memperkukuh keselamatan negara melalui pendekatan Smart Enforcement dan kerjasama strategik antara agensi.
