KTMB mempelawa individu yang berdisiplin, berintegriti dan bersedia untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kami sebagai Polis Bantuan.
Lokasi: Ibu Pejabat KTM Berhad, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur
Tarikh: Sabtu, 19 Julai 2025
Masa Pendaftaran: 8.00 pagi – 11.00 pagi
Antara tugasan utama termasuk menjalankan kawalan keselamatan di stesen, platform dan dalam tren serta rondaan di sepanjang landasan.
Sila bawa bersama:
Resume terkini
Kad pengenalan & sijil akademik asal dan salinan
2 keping gambar berukuran pasport
Jom sertai kami membina kerjaya yang bermakna dalam industri pengangkutan rel negara.
