FG nak cakap sikit pasal Tengku Zafrul. Pada FG ini bukan sekadar perletakan jawatan. Ini adalah satu pengajaran dan amaran keras untuk UMNO.
Cukup2 lah kita angkat teknokrat atau orang luar yang konon ada "network" dan "imej korporat" tapi hatinya tak pernah sebati dengan roh perjuangan parti. Tengku Zafrul adalah contoh klasik, diberi tangga naik tinggi dalam parti.
Namun akhirnya berpaling dan tinggalkan bahtera ketika ombak mula mengganas. UMNO mesti kembali meletakkan kepercayaan kepada mereka yang benar2 berakar umbi, bukan yang sekadar menumpang teduh ketika dalam keadaan selesa.
Kesetiaan adalah mata wang paling mahal dalam politik. Hanya itu sahaja yang boleh menyelamatkan UMNO.
Wang, pangkat, dan gelaran boleh dicuri boleh diberi. Tapi kesetiaan, itu datang dari jiwa.
Orang yang lahir daripada rahim parti, yang pernah berjuang di cawangan, bahagian dan tidak lari ketika parti dilanda badai.. yang itulah patut diangkat. Tanpa kesetiaan, parti umpama kapal yang setiap orang bersedia terjun bila kapal mula bocor. Zafrul hanya contoh permulaan, akan ada lagi jika UMNO terus leka dan alpa.
Letak orang yang salah di tempat yang penting, maka retak dalam parti akan menjadi belah.
Kita semua tahu UMNO sedang bergelut untuk bangkit semula. Tetapi bagaimana UMNO nak bangkit kalau pemegang posisi strategik tidak ada semangat juang dan tidak kenal denyut nadi ahli akar umbi?
Bukan semua orang yang pandai ekonomi layak jadi pemimpin politik. Zafrul bukan lah simbol kekuatan.. dia simbol kepada eksperimen gagal. Kegagalan yang tak patut berulang, diulang.
Jika benar PKR mahu terima Zafrul dan beri tempat kepadanya, itu satu isyarat pengkhianatan politik terhadap UMNO.
Sahabat yang ikhlas tak kutip orang yang tinggalkan kita.
Kalau PKR benar2 jujur dengan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, mereka tak patut buka pintu pada watak yang telah gagal sebagai pemimpin UMNO dan kini mencari dahan baru untuk menyelamatkan karier politiknya. Ia akan memperkuat persepsi bahawa kerjasama ini bukan perpaduan sebenar, tetapi hanya pakatan sementara untuk kekal berkuasa. Harap pemimpin2 tertinggi PKR faham.
Akhir kata dari Fadhly Ghazaly..
Wahai Zafrul, BILA HANG NAK BLAH DARI MITI?!
