Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang turun padang ke Kampung Paya Kerchut, Pendang bersama Penghulu Mukim Air Putih, Tuan Haji Azmi Dollah bagi meninjau beberapa permohonan bantuan membaiki rumah yang telah dikemukakan.
Tinjauan ini amat penting bagi memastikan keperluan sebenar penduduk dapat dikenalpasti, dan setiap permohonan disokong dengan data lapangan yang sahih.
Kita mahu setiap bentuk bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada mereka yang layak dan memerlukan.
Insya-Allah, hasil dapatan daripada tinjauan ini akan dibawa ke peringkat perbincangan bersama agensi pelaksana untuk tindakan susulan yang sewajarnya.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha murni ini bagi meringankan beban rakyat, terutamanya penduduk di kawasan luar bandar.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

