1. Guna powerbank berkapasiti maksimum 10,000mAh. Ini kapasiti paling selamat dan jarang timbul isu di lapangan terbang.
2. Nak bawa lebih? Guna dua unit 10,000mAh. Satu boleh dicas di hotel, satu lagi dibawa semasa berjalan – praktikal dan selamat.
3. Negara seperti Indonesia, China dan Thailand sangat tegas tentang powerbank.
Powerbank tanpa label kapasiti boleh dirampas.
Powerbank melebihi 20,000mAh juga boleh dirampas.
4. Powerbank tak boleh dimasukkan dalam bagasi kargo. Mesti hand carry dan dibawa masuk ke dalam kabin.
Penggunaan powerbank dalam pesawat biasanya dilarang.
5. Pastikan powerbank anda fully charged sebelum travel. Sesetengah lapangan terbang (contohnya di China) mungkin minta anda tunjukkan ia boleh berfungsi.
6. Elakkan bawa powerbank yang nampak mencurigakan. Powerbank tanpa jenama, casing retak atau nampak homemade boleh dianggap berisiko dan dirampas.
7. Semak polisi syarikat penerbangan. Setiap airline ada had berbeza. Contohnya:
Maksimum 100Wh (sekitar 27,000mAh) dibenarkan tanpa kelulusan khas.
Ada airline hadkan hanya 2 unit powerbank per penumpang.
8. Simpan powerbank dalam beg yang mudah dicapai semasa pemeriksaan keselamatan. Mudahkan pemeriksaan X-ray dan elakkan ditahan untuk buka beg.
9. Jangan guna powerbank dalam pesawat. Walaupun ada USB port di tempat duduk, sebaiknya guna kuasa dari pesawat sahaja untuk keselamatan.
