Like this:

US Tak Benarkan UK Serah Diego Garcia

Donald Trump, memberi amaran kepada Britain supaya tidak menyerahkan sebuah pangkalan strategik Diego Garcia di Lautan Hindi, kerana ia penting sekiranya AS melancarkan serangan terhadap Iran.

Trump, yang sedang mempertimbangkan kemungkinan serangan ke atas Iran, membuat kenyataan itu beberapa jam selepas Jabatan Negara sekali lagi menyatakan sokongan terhadap perjanjian Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, untuk memulangkan Kepulauan Chagos kepada Mauritius.

Di bawah perjanjian itu, Britain akan membayar pajakan selama 100 tahun bagi mengekalkan pangkalan strategik bersama AS-UK di Diego Garcia.

Trump berkata, Starmer tidak sepatutnya kehilangan kawalan atas apa juga sebab ke atas Diego Garcia dengan memeterai pajakan 100 tahun yang rapuh.

"Tanah ini tidak sepatutnya diambil daripada United Kingdom (UK) dan jika ia dibenarkan berlaku, ia akan mencemarkan sekutu hebat kita.

"Kami sentiasa bersedia untuk mempertahankan UK, namun mereka perlu kekal teguh berdepan 'wokeisme' dan pelbagai masalah lain. JANGAN SERAHKAN DIEGO GARCIA!" katanya.

Dalam pada itu, wakil Trump mengadakan rundingan baharu dengan Iran, menuntut kerajaan itu membuat konsesi besar berhubung pelbagai isu termasuk program nuklearnya.

Dalam kenyataannya, Trump menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan oleh Iran, musuh ketat AS dan Israel yang melancarkan kempen pengeboman besar-besaran ke atas Iran pada Jun tahun lalu.

Beliau berkata, sekiranya Iran memutuskan untuk tidak mencapai perjanjian, mungkin perlu bagi AS menggunakan Diego Garcia dan pangkalan udara di Fairford untuk mematahkan potensi serangan oleh rejim yang sangat tidak stabil dan berbahaya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap serangan yang berpotensi dilakukan ke atas UK serta negara sahabat lain.

Britain mengekalkan kawalan ke atas Kepulauan Chagos selepas Mauritius mencapai kemerdekaan pada 1960-an.

Bagaimanapun, ribuan penduduk diusir daripada kepulauan itu dan sejak itu mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut pampasan

Diego Garcia

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading