PENCARIAN WARIS KANAK² DI JUMPAI DALAM KOTAK
KANAK-KANAK
NAMA KANAK-KANAK:IRENE NUHA (B/O UNKNOWN)
UMUR: 15 HARI
NAMA IBU KANDUNG/ PENJAGA: TIADA MAKLUMAT
NAMA BAPA KANDUNG / PENJAGA: TIADA MAKLUMAT
NAMA PEGAWAI PELINDUNG:
NUR HANUM AMANINA BINTI MOHD ASRI
Jabatan ini telah menerima rujukan kes kanak-kanak daripada Hospital Tunku Azizah,
Kuala Lumpur. Berdasarkan Laporan Polis yang dibuat oleh orang awam, kanak-kanak dijumpai pada 30 Mei 2025 dalam sebuah kotak di taman permainan perumahan Taman
Seri Rampai, Kuala Lumpur.
Kanak-kanak dijumpai dalam keadaan masih bertali pusat dan berdarah.
Memandangkan kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan di bawah
Seksyen 17 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak telah ditempatkan di institusi
Jabatan bagi tempoh sementara mulai 10 Jun 2025 hingga 10 Julai 2025 bagi siasatan
Pelindung selanjutnya.
Sehubungan itu, Jabatan mohon kerjasama ibu kandung atau waris kanak-kanak hadir
ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Menara Teo
Chew, No. 1, Jalan Lumut, Pekeliling, 50400 Kuala Lumpur atau menghubungi
Pelindung kes ini iaitu Puan Nur Hanum Amanina binti Mohd Asri melalui talian
03-4010 4159 atau e-mel nurhanum@jkm.gov.my bagi tindakan penempatan dan kebajikan kanak-kanak.
