{"id":3942,"date":"2024-10-30T17:38:33","date_gmt":"2024-10-30T09:38:33","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/?p=3942"},"modified":"2024-10-30T17:39:17","modified_gmt":"2024-10-30T09:39:17","slug":"bantahan-pengumuman-keputusan-pemilihan-armada-bersatu-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/bantahan-pengumuman-keputusan-pemilihan-armada-bersatu-malaysia\/","title":{"rendered":"BANTAHAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN ARMADA BERSATU MALAYSIA"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kami merujuk kepada pengumuman keputusan Pemilihan ARMADA BERSATU Malaysia 2024 yang telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) BERSATU pada jam 4.30 petang 29 Oktober 2024 setelah 3 hari penantian penuh debaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun begitu, pengumuman yang telah dilakukan telah mengundang seribu satu persoalan dan tanda tanya bukan sahaja daripada perwakilan ARMADA BERSATU Malaysia, tetapi juga ahli-ahli BERSATU dan seluruh rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalan pertama yang wajib dijawab oleh pihak JPP adalah, adakah proses pemilihan kaliini benar-benar dijalankan secara telus atau adakah terdapat sebarang rancangan atau campur tangan individu tertentu dengan agenda peribadi bagi menentukan keputusan Pemilihan ARMADA BERSATU Malaysia 2024.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini dibangkitkan kerana lebih daripada 4,700 undi telah dibuat oleh para perwakilan yang ingin memilih saf kepimpinan ARMADA yang baharu dengan adil dan terbuka. Mengapakah proses dan tatacara pemilihan kali ini dilihat tidak dibuat dengan baik dan teratur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai makluman, suatu kenyataan media yang telah dibuat oleh Pengerusi JPP bertarikh 27 Oktober 2024 untuk ruang bagi melakukan bantahan dibuka sehingga jam 10.00 pagi, 28 Oktober 2024. Ianya adalah satu proses yang langsung tidak teratur dan diluar kebiasaan kerana bantahan sepatutnya hanya boleh dibuat selepas pengumuman dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah perkara yang ingin dibantah jika jumlah undi, pemenang dan lain-lain hal berkaitan proses pengundian belum diketahui secara umum? Apakah terdapat sebarang kebocoran maklumat yang telah berlaku daripada pihak JPP kepada mana-mana pihak calon?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemilihan parti sejak dahulu lagi tela mengikut konvensyen prosedur perlaksanaan pilihanraya umum yang biasa kita jalani. Pernahkah kita dengar pihak Suruhanjaya Piliharaya (SPR) membuka ruang bantahan sebelum keputusan diumumkan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalan kedua adalah, pada Pemilihan Sayap Bersekutu BERSATU yang telah berlangsung pada awal Oktober 2024 yang lalu, umum sedia maklum bahawa segala bentuk isu, bantahan, pertikaian atau keputusan perlu dibawa ke Mesyuarat Pengurusan BERSATU; sebagai jawatankuasa yang diberi mandat penuh oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, dipengerusilan oleh Yang Berbahagia Dato\u2019 Seri Timbalan Presiden bagi ditentusahkan dan diputuskan. Keputusan Mesyuarat Pengurusan BERSATU adalah mutlak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, mengapakah bagi Pemilihan ARMADA BERSATU Malaysia 2024, pihak JPP bertindak secara sendiri tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan BERSATU proses dahuluan (precedent process)? Apakah terdapat sebarang campur tangan atau manipulasi dalam proses perlaksanaan pemilihan kali ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Izinkan kami untuk bertanya persoalan penting yang menuntut jawapan segera daripada pihak JPP. Selepas pengumuman yang telah pun dilakukan sebentar tadi, kita semua perlu tahu apakah punca kuasa sebenar atau ruang-lingkup kuasa yang dimiliki oleh JPP untuk menyiasat dan memutuskan sama ada sesuatu bantahan itu diterima atau ditolak?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih menghairankan lagi, bantahan-bantahan ini mendedahkan beberapa perkara yang amat ganjil. Contohnya, keabsahan undi dari ARMADA BERSATU Bahagian Beaufort \u2013 yang pada awalnya layak bersidang, tetapi secara tiba-tiba tidak diberi kelulusan untuk bersidang. Jika benar ARMADA Bahagian Beaufort tidak layak bersidang, mengapa kertas undi masih diedarkan untuk mereka?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini satu persoalan besar yang perlu dijawab, kerana jika benar ada usaha untuk menghalalkan perwakilan tidak sah, maka kita sedang berhadapan dengan masalah yang lebih serius daripada sekadar teknikaliti pemilihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga dengan ARMADA BERSATU Bahagian Kalabakan. Pada 22 Oktober 2024, Mesyuarat Pengurusan BERSATU telah meluluskan senarai perwakilan rasmi dengan hanya 50 perwakilan dari 4 cawangan. Tetapi pada hari persidangan, secara tiba-tiba jumlah tersebut melonjak kepada lebih 180 perwakilan dari 12 cawangan. Dari mana datangnya angka tambahan ini? Dari mana datangnya perwakilan-perwakilan ini yang tidak pernah dilaporkan sebelum ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah ini satu taktik untuk menambah undi secara tidak sah? Keseluruhan proses ini menuntut lebih daripada sekadar penjelasan biasa. Kami menolak sebarang bentuk manipulasi atau campur tangan yang boleh mencemar integriti BERSATU. Ahli-ahli BERSATU berhak mendapat jawapan yang sahih, bukan sekadar alasan atau penjelasan yang direka-reka untuk menutup kebenaran.<br><br>Saya ulangi, kami tidak meminta lebih daripada apa yang seharusnya menjadi asas sebuah parti yang berdiri atas prinsip keadilan dan integriti. Kami menuntut ketelusan sepenuhnya, keadilan yang tanpa kompromi dan penghormatan kepada undi serta suara perwakilan akar umbi yang telah meletakkan harapan mereka kepada BERSATU.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya dengan ini kita dapat pulihkan keyakinan ahli, memantapkan perjuangan, dan menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa BERSATU benar-benar memperjuangkan integriti, kejujuran, dan amanah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">BERSATU \u2022 BERAMANAH \u2022 BERMARUAH<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MUHAMMAD FAIZ BIN RAHMAD<br>Penolong Setiuasaha<br>ARMADA BERSATU Malaysia<br>Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)<br>29 Oktober 2024,&nbsp;Kuala&nbsp;Lumpur<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"720\" height=\"395\" src=\"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Bantahan-Ahli-Bersatu.jpg\" alt=\"Bantahan Ahli Bersatu\" class=\"wp-image-3943\" style=\"width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Bantahan-Ahli-Bersatu.jpg 720w, https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Bantahan-Ahli-Bersatu-300x165.jpg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 720px) 100vw, 720px\" \/><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kami merujuk kepada pengumuman keputusan Pemilihan ARMADA BERSATU Malaysia 2024 yang telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) BERSATU pada jam 4.30 petang 29 Oktober 2024 setelah 3 hari penantian penuh debaran. Namun begitu, pengumuman yang telah dilakukan telah mengundang seribu satu persoalan dan tanda tanya bukan sahaja daripada perwakilan ARMADA BERSATU Malaysia, tetapi juga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3943,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"pagelayer_contact_templates":[],"_pagelayer_content":"","slim_seo":{"title":"BANTAHAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN ARMADA BERSATU MALAYSIA - Dunia E-Hailing &amp; P-Hailing","description":"Kami merujuk kepada pengumuman keputusan Pemilihan ARMADA BERSATU Malaysia 2024 yang telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) BERSATU pada jam 4."},"_jetpack_newsletter_access":"","_jetpack_dont_email_post_to_subs":false,"_jetpack_newsletter_tier_id":0,"_jetpack_memberships_contains_paywalled_content":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":"","jetpack_post_was_ever_published":false},"categories":[4,646,312,803,1024,810],"tags":[1302,1304,1303],"class_list":["post-3942","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-info","category-masyarakat","category-ngo","category-politik","category-prihatin","tag-armada","tag-bersatu","tag-pemilihan"],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/Bantahan-Ahli-Bersatu.jpg","jetpack_sharing_enabled":true,"jetpack-related-posts":[{"id":1993,"url":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/parti-bersatu-sasa-malaysia-bersama-lakukan-pembaharuan-dalaman\/","url_meta":{"origin":3942,"position":0},"title":"Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) lakukan pembaharuan Dalaman","author":"PHaDmin","date":"28\/04\/2024","format":false,"excerpt":"Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) tetap kukuh dalam komitmennya terhadap reformasi dalaman dan penyegaran, sambil terus maju dengan inisiatif strategiknya yang bertujuan untuk memperkuat struktur kepimpinan dan kerangka dasar. Sejak bermulanya fasa pemulihan dalaman pada Ogos 2023, BERSAMA danial telah memulakan perjalanan tranformasi menyeluruh yang dipacu oleh ketidakpuasan yang meluas\u2026","rel":"","context":"In &quot;Berita&quot;","block_context":{"text":"Berita","link":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/category\/berita\/"},"img":{"alt_text":"Img 20240428 Wa0109","src":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/IMG-20240428-WA0109.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/IMG-20240428-WA0109.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/IMG-20240428-WA0109.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/04\/IMG-20240428-WA0109.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":1737,"url":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/pmx-pemimpin-pertama-ucap-tahniah-kepada-presiden-indonesia\/","url_meta":{"origin":3942,"position":1},"title":"PMX pemimpin pertama ucap tahniah kepada Presiden Indonesia","author":"PHaDmin","date":"22\/03\/2024","format":false,"excerpt":"Dari FB Anwar Ibrahim Saya telah menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaikan salam tahniah di atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai. Saya dimaklumkan saya pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau selepas pengumuman keputusan rasmi PEMILU sebentar tadi. Ini\u2026","rel":"","context":"In &quot;Berita&quot;","block_context":{"text":"Berita","link":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/category\/berita\/"},"img":{"alt_text":"20240322 080242","src":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240322_080242.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240322_080242.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240322_080242.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240322_080242.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":1754,"url":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wakil-pemandu-pasti-bertanding-pru-akan-datang\/","url_meta":{"origin":3942,"position":2},"title":"Wakil pemandu pasti bertanding PRU akan datang","author":"PHaDmin","date":"24\/03\/2024","format":false,"excerpt":"Calon yang benar-benar lahir dari dalam industri pengangkutan pasti akan bertanding pada PRU akan datang.. Cuma kawasan mana belum dipastikan namun bergitu besar kemungkinan akan bertanding di Parlimen Putrajaya. Saya difahamkan calon kita akan sedia untuk memastikan industri pengangkutan terutama industri pengangkutan awam seperti teksi, ehailing, kereta sewa, lilmosin, bas\u2026","rel":"","context":"In &quot;Berita&quot;","block_context":{"text":"Berita","link":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/category\/berita\/"},"img":{"alt_text":"20240324 112205","src":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240324_112205.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240324_112205.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240324_112205.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x, https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2024\/03\/20240324_112205.jpg?resize=700%2C400&ssl=1 2x"},"classes":[]},{"id":5262,"url":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/akaun-bank-kekal-dibekukan\/","url_meta":{"origin":3942,"position":3},"title":"Akaun Bank Kekal DIbekukan","author":"PHaDmin","date":"06\/06\/2025","format":false,"excerpt":"Wang berjumlah RM195 juta di dalam akaun bank milik Bersatu akan terus dibekukan sementara menunggu keputusan dua permohonan semakan kehakiman dan prosiding jenayah berkaitan.","rel":"","context":"In &quot;Berita&quot;","block_context":{"text":"Berita","link":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/category\/berita\/"},"img":{"alt_text":"Bersatu","src":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Bersatu.jpeg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":4833,"url":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/bila-melayu-nak-bersatu\/","url_meta":{"origin":3942,"position":4},"title":"Bila Melayu Nak Bersatu?","author":"PHaDmin","date":"12\/03\/2025","format":false,"excerpt":"Kali terakhir coach tengok bangsa Melayu bersatu masa kes curi henpon kat Low Yat tu. Walaupun tindakan pemuda tersebut bangang, tapi kita dapat belajar bahawa kita tak perlukan figura berpengaruh pun untuk kumpulkan 1 bangsa Melayu untuk menghadapi isu-isu berat macam yang berlaku sekarang. Asal ada isu besar melibatkan agama\u2026","rel":"","context":"In &quot;Aplikasi&quot;","block_context":{"text":"Aplikasi","link":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/category\/aplikasi\/"},"img":{"alt_text":"Jiwa melayu","src":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Jiwa-Melayu.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200},"classes":[]},{"id":6101,"url":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/chegu-bard-patut-dihukum\/","url_meta":{"origin":3942,"position":5},"title":"Chegu Bard Patut Dihukum","author":"PHaDmin","date":"30\/07\/2025","format":false,"excerpt":"KAMARUDIN BIN MOHD HUSSAINMantan Ketua Cabang Selayang, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) TARIKH: 30\/07\/2025 TINDAKAN BIADAP CHEGU BARD ADALAH SATU PENCEMARAN TERHADAP INSTITUSI PERDANA MENTERI DAN RAJA-RAJA MELAYU Sebagai mantan Ketua Cabang Selayang dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), saya memikul tanggungjawab mewakili seluruh ahli-ahli Keadilan Cabang Selayang yang mengundi saya\u2026","rel":"","context":"In &quot;Berita&quot;","block_context":{"text":"Berita","link":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/category\/berita\/"},"img":{"alt_text":"Bos gtsm","src":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/bos-gtsm.jpg?resize=350%2C200&ssl=1","width":350,"height":200,"srcset":"https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/bos-gtsm.jpg?resize=350%2C200&ssl=1 1x, https:\/\/i0.wp.com\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/bos-gtsm.jpg?resize=525%2C300&ssl=1 1.5x"},"classes":[]}],"jetpack_likes_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3942"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3944,"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3942\/revisions\/3944"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3943"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3942"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3942"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ehailing.fm\/blog\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3942"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}