Kunjungan Hormat GTSM Ke JPJ

Kami dari Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia atau dikenali sebagai Gabungan Teksi Malaysia – GTSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Jana Santhiran KSU Kementerian Pengangkutan yang telah memanggil kami untuk berbincang dengan pihak Toyota berkaitan cadangan kami melaksanakan penjenamaan teksi bagi memberi nafas baharu kepada industri teksi Negara.

Selain daripada itu, kami turut diberi peluang jumpa dan berbincang dengan Tuan Muhammad Kifli Bin Ma Hassan Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ berkaitan aktiviti ulat dan kereta sapu.

Aktiviti ulat dan kereta sapu menjadi semakin parah setelah Kerajaan terdahulu membenarkan kenderaan-kenderaan persendirian beroperasi mengambil dan menghantar penumpang dengan syarat menggunakan aplikasi eHailing.

Peluang tersebut telah membuka ruang seluas-luasnya kepada pemilik-pemilik kenderaan persendirian yang tidak bertanggungjawab dan warga asing untuk beroperasi secara haram mengambil dan menghantar penumpang.

Keadaan tersebut bukan sahaja tidak menyumbang sebarang keberhasilan kepada negara, malah turut menjejaskan pendapatan hakiki kami, sudahlah selama ini pendapatan kami terpaksa dikongsikan bersama rakan-rakan pemandu eHailing, kini ulat dan kereta sapu merompak mata pencarian kami.

Selain daripada itu, dari maklumat yang kami terima daripada rakan-rakan kami di Kuala Lumpur, kami difahamkan kegiatan kereta sapu warga asing didalangi oleh beberapa syarikat-syarikat yang beroperasi di Bukit Bintang.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Kifli yang telah menzahirkan kesungguhan beliau untuk membenteras aktiviti kereta sapu l.

Satu talian khas telah disediakan kepada kami untuk kami salurkan maklumat-maklumat berkaitan aktiviti kereta sapu untuk tindakan segera.

Kami menyokong penuh tindakan JPJ untuk melaksanakan tindakan undang-undang dibawah Akta 715 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menyita dan melucut hak kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan aktiviti ulat dan kereta sapu.

Kami yakin sekiranya JPJ benar-benar melaksanakan Akta 715 dan melucut hak pemilikan kenderaan, aktiviti tersebut dapat diakhiri.

Kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan Tahniah kepada JPJ Putrajaya khususnya Tuan Kifli di atas operasi yang telah dijalankan baru-baru di Langkawi, kami difahamkan sehingga ke hari ini terdapat beberapa kenderaan kereta sapu yang sita masih disimpan di depoh tahanan untuk tindakan selanjutnya.

Kami ingin berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati melakukan aktiviti kereta sapu, kerana selepas ini video anda akan disalurkan terus kepada JPJ, jika dahulu JPJ hanya mempunyai Akta 333, tetapi kini dengan Akta 715, anda bakal kehilangan hak pemilikan kenderaan yang anda guna sebagai kereta sapu.

KAMARUDIN HUSSAIN

YDP Gabungan Teksi Malaysia

09/08/2024

Gtsm 02 Jpj

Alex Lawrence publish new song “Your My Angel” and “Love and History”

Alex Lawrence is a prominent artiste who’s bring a new breeze of music in multiple genre . For a while, his pieces getting more and more exposure either on Youtube or other livestream media.

“Your My Angel” and “Love and History” can be listen thru eHailing.FM Rideshare Online Community Radio (www.ehailing.fm/live.html) or via YouTube at www.youtube.com/@vhawlalawream

Get to know more about Alex Lawrence music and composition, please do visit

YouTube: www.youtube.com/@vhawlalawream
Bandcamp: alexlawrence4.bandcamp.com/
Facebook: www.facebook.com/p/Alex-Lawrence-100064141800571/
Google Site: music-by-alex-lawrence.business.site/

Alex Lawrence 01 (1)

GVRide Sudah Ada CEO

GV Ride memaklumkan sebentar tadi bahawa mereka telah mempunyai seorang CEO untuk menguruskan perjalanan GV Ride selepas ini.

Sepertimana dimaklumkan sebelum ini bahawa GV Ride bergerak secara yang tidak tergesa-gesa dan mereka telah menyusun strategi untuk memasuki pasaran secara berperingkat sebelum melipatgandakan pergerakkan GV Ride pada bulan Oktober nanti.

Sementara itu saya sempat berbual dengan CEO GV Ride dimana beliau sedia untuk mendepani cabaran dan akan memastikan GV Ride akan menjadi syarikat ehailing tempatan yang mampu menyaingi syarikat ehailing lain yang telah ada di pasaran ketika ini.

Selain itu beliau juga akan menjadikan GV Ride menjadi juara kepada kebajikan kepada pemandu dan pengguna sekaligus.

GV Ride terus menerima pelbagai pertanyaan daripada pemandu dan pengguna ketika ini dan momentum ini petanda bahawa GV Ride berada di landasan yang betul cuma kita bersabar dan hanya menghitung hari untuk mencipta kejayaan secara bersama-sama.

Terima kasih

RA Ehailing.fm

#ehailing#phailing#gig#pekerjabebas#freelancer#segim#kadartambangehailing#GVRide#local

Gvride Sudah Ada Ceo

Dua Tahun Buat Penyelewengan LPG, Akhirnya Kantoi Juga.

Dua tahun melakukan aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi akhirnya tumpas apabila premis mereka berhampiran Jalan Sultan Azlan Shah diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada awal pagi tadi.

Semasa sidang media oleh Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur En Mohd Sabri Seman juga menjelaskan bahawa premis itu telah diintip sejak sebulan yang lalu.

Beliau menganggarkan nilai rampasan hampir setengah juta Ringgit Malaysia, dan dua individu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

8.8.24 ehailing.fm

#kpdn#subsidi#tiris#lpg

Salahlaku Gas 01
Salahlaku Gas 03
Salahlaku Gas 02