Like this:

Perangai Macam Saitan

Berapa hari lepas aku ada tulis pasal SOCAR yang akan sayonara Malaysia hujung bulan ni. Dalam tulisan tu aku ada bagi sangkaan aku sendiri, salah satu sebab model macam ni susah nak hidup lama dekat Malaysia sebab perangai sesetengah rakyat kita sendiri.

Kereta bukan dia punya, dia belasah. Dalam kereta buat macam tong sampah. Rosak, rokok, kotor, vandalism semua ada. Mentaliti mudah, bukan barang aku.

Sekarang kau tengok kes ni pulak. Sorang kakak ni pegi kerja, parking Perodua Ativa dia dekat kawasan parkir berbayar dekat LRT3 Bandar Bukit Tinggi. Bayar RM5.

Petang pukul 7 lebih balik kerja, DUA BIJI TAYAR SIAP DENGAN RIM DAH LESAP.

Kereta lapik bata, aku tengok gambar ni memang menyirap darah. Kau bayar parking pun belum tentu kereta kau selamat. Kau kerja pagi sampai petang cari makan halal, kumpul duit bayar installment kereta tiap-tiap bulan.

Balik kerja bukan setakat kena fikir jem nak balik rumah, sekali sampai kereta dua biji tayar dah kena kebas.

Aku tak cakap semua rakyat kita perangai teruk macam ni tapi kita kena mengaku ada sebahagian masyarakat kita yang perangai memang hodoh dan menyusahkan orang lain.

Kau untung mungkin beberapa ratus ringgit jual parts 2nd tapi mangsa rugi beribu. Belum masuk masa dia terbuang. Belum masuk kena call towing.

Belum masuk kena buat report polis. Belum masuk esok mungkin tak boleh pergi kerja sebab kereta tak boleh jalan.
Sebab tu aku kaitkan balik dengan cerita SOCAR hari tu.

Kita selalu nak benda negara maju. Kita nak car sharing. Kita nak public transport cantik. Kita nak parking murah. Kita nak kemudahan 24 jam.

Kita nak bandar walkable. Kita nak segala teknologi dan convenience yang Jepun, Korea, Singapore atau negara maju lain ada.
Tapi kita pernah tanya tak perangai kita dah cukup maju ke belum?

Infrastructure boleh bina.
Apps boleh develop.
Kereta boleh beli.
LRT boleh buat.
Parking boleh sediakan.

Tapi kalau perangai manusia masih monyet, semua benda akhirnya jadi mahal nak jaga.

Kenapa ada manusia sanggup jack kereta orang tengah-tengah parking, buka tayar satu-satu dan angkut bawak balik?
Ini bukan isu miskin semata-mata. Ramai orang susah tak mencuri. Ramai orang gaji RM1,700 tetap bangun pagi pergi kerja.

Ramai rider panas hujan hantar makanan.
Ramai mak bapak ikat perut cukupkan duit sekolah anak.
Jangan hina orang susah dengan samakan kemiskinan dengan mencuri.
Mencuri ni perangai.

Dan perangai ni yang kita kena ubah kalau kita betul-betul nak Malaysia jadi negara yang lebih senonoh.
Negara maju bukan sebab bangunan tinggi semata-mata.

Negara maju bermula bila rakyat tahu barang yang bukan hak dia, jangan usik.
Simple.

Kalau benda basic macam ni pun kita tak boleh buat, jangan sembang jauh sangat pasal nak jadi negara maju.
Perangai dulu kasi senonoh

Lesap

Leave a Reply

Like this:

Discover more from Dunia E-Hailing & P-Hailing

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading